Hak isteri nusyuz

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts: 703
    Points: 12398
    Location: Venice of Perak

    Hak isteri nusyuz

    Post by carnationmyra on Mon 20 Apr 2009, 1:15 am

    BAGAIMANAKAH seseorang isteri itu dianggap nusyuz dan bolehkah dikatakan nusyuz bagi isteri yang tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti digariskan Islam?

    Apakah hukum dan hak bagi isteri nusyuz? Bolehkah dia menuntut apa-apa sekiranya berlaku perceraian, seperti harta sepencarian, hak untuk menjaga anak dan nafkah selepas perceraian?


    Bolehkah isteri menuntut harta seperti tanah, rumah atau apa-apa harta yang dibeli dalam perkahwinan bawah nama isteri, sekiranya mahkamah menjatuhkan seseorang isteri itu nusyuz atau diserahkan kepada suami?



    FAR,
    Selangor.



    NUSYUZ bermaksud derhaka, iaitu enggan dengan tidak berpatutan menurut kemahuan atau perintah sah suami, iaitu antara lain:

    (a) Apabila menjauhkan dirinya dari suaminya.

    (b) Apabila dia meninggalkan rumah suaminya.

    (c) Apabila dia enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut Hukum Syarak." (Ahmad Ibrahim, 1999: 75)

    Sekiranya perkara ini berlaku, suami hendaklah terlebih dahulu mengambil tindakan dengan menasihati isterinya secara baik, jika tidak berjaya suami memulaukan isteri di tempat tidur atau tidur berasingan dan seterusnya kalau isteri masih berdegil dipukul dengan berpada. (al-Quran, an-Nisa', 4: 34)

    Hakim boleh menjatuhkan hukuman nusyuz kepada isteri apabila suami bertindak sedemikian dan terbukti isteri bersalah.

    Hukum isteri nusyuz ialah dia tidak berhak mendapat nafkah sebagaimana kebiasaan. Apabila isteri bertaubat haknya akan dikembalikan.

    Sekiranya berlaku perceraian, isteri tetap mendapat hak yang lain seperti muta'ah, pembahagian harta sepencarian sewaktu perkahwinan dan hak penjagaan anak mengikut ketetapan hukum syarak.

    Harta yang dibeli atas nama isteri boleh dituntut suami sebagai sebahagian harta sepencarian.

    Qeena
    MODfire

    Posts: 79
    Points: 9976
    Location: Kuala Lumpur
    Signature: ~~ Tetapkan hati aku..hanya untuk dia...~~

    Re: Hak isteri nusyuz

    Post by Qeena on Wed 22 Apr 2009, 8:33 pm

    nak komen lebih lebih tak kahwin lagi....

    feeling good

    eyes143
    superpower MV

    Posts: 1175
    Points: 14183
    Location: :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature: incik kecHiX..~~

    Re: Hak isteri nusyuz

    Post by eyes143 on Wed 22 Apr 2009, 9:18 pm

    Qeena wrote:nak komen lebih lebih tak kahwin lagi....

    feeling good

    nnt da kawen jgn lupa kumen2 tau.. lol


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    "kotak hati seseorang itu akan berisi kasih jitu.. seandainya antara kamu punya rasa rindu.."

    castle in da sky is mine

      Current date/time is Fri 25 Jul 2014, 9:32 am