Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

3 posters

    Isteri ditinggal tanpa berita 10 bulan

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30068
    Location : Venice of Perak

    Isteri ditinggal tanpa berita 10 bulan Empty Isteri ditinggal tanpa berita 10 bulan

    Post by carnationmyra Mon 20 Apr 2009, 2:17 am



    SUAMI saya menghilangkan diri (senyap tanpa berita) selama 10 bulan. Saya menceritakan perkara ini kepada ibu bapa selepas tujuh bulan tanpa berita dan nafkah daripadanya.

    Adakah jatuh talak jika suami saya tidak melepaskannya? Saya tidak mahu nanti seperti kata orang 'digantung tak bertali.' Maksudnya, bolehkah berkahwin dengan orang lain jika ada orang sudi menerima saya?




    SEPI,
    Kuala Lumpur.



    TALAK tidak jatuh dengan sendiri atas sebab itu. Bagaimanapun, perkara ini sepatutnya dirujuk ke Mahkamah Syariah bagi mencari penyelesaian.

    Anda hendaklah mengemukakan bukti dan saksi mengenai perkara terbabit. Mahkamah boleh membubarkan perkahwinan anda apabila bukti yang cukup. Bagi pihak isteri permohonan cerai boleh dibuat secara cerai taklik atau fasakh.

    Antara sebab yang boleh dikemukakan ialah suami meninggalkan isteri selama empat bulan Hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan suami tidak memberikan nafkah dalam tempoh itu.

    Perkara sebegini biasanya mengambil masa untuk diputuskan. Cara terbaik ialah mencari suami dengan pertolongan keluarga sendiri dan mentua, kawan-kawan serta pihak berkuasa.

    Apabila dapat dihubungi, suami akan membuat keputusan sama ada untuk kekal sebagai suami atau bercerai.

    Allah mengingatkan suami supaya tidak menzalimi isteri dengan 'menggantungnya tanpa tali' dalam firman-Nya yang bermaksud:

    "Dan apabila kamu menceraikan isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh edahnya, bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka) dan sesiapa yang melakukan demikian, sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri." (al-Baqarah: 231)
    Qeena
    Qeena
    MODfire


    Posts : 79
    Points : 27646
    Location : Kuala Lumpur
    Signature : ~~ Tetapkan hati aku..hanya untuk dia...~~

    Isteri ditinggal tanpa berita 10 bulan Empty Re: Isteri ditinggal tanpa berita 10 bulan

    Post by Qeena Wed 22 Apr 2009, 9:33 pm

    bengong punya asben...
    geramnyer...sapa suh nikah kalu nak tinggal tinggal....
    badigol soot... geramsgt mrh
    eyes143
    eyes143
    superpower MV


    Posts : 1175
    Points : 31853
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Isteri ditinggal tanpa berita 10 bulan Empty Re: Isteri ditinggal tanpa berita 10 bulan

    Post by eyes143 Wed 22 Apr 2009, 10:19 pm

    Qeena wrote:bengong punya asben...
    geramnyer...sapa suh nikah kalu nak tinggal tinggal....
    badigol soot... geramsgt mrh

    asben cmni, tak dpt pun tak rugi.. geramsgt

    Sponsored content


    Isteri ditinggal tanpa berita 10 bulan Empty Re: Isteri ditinggal tanpa berita 10 bulan

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Thu 28 Mar 2024, 11:20 pm