isteri aku menarik sebab dia adalah seorg yg :
TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh
kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan
terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri.
Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah SAW:
Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud
kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada
suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)
Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak
bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan
dosa maka isteri dibenarkan membantah.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)
Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab
itu, jika isteri ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah
meminta izin daripada suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari
akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali
dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)
Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana
dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik.
Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.
MELAYAN SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayan kehendak suami
dengan baik pada bila-bila masa sahaja. Hubungan yang perlu dijaga
ialah hubungan kelamin antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri
hendaklah memastikan bahawa ia melayan kehendak suaminya.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia
enggan melayan ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada
waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)
Untuk mengelakkan daripada digolongkan dalam golongan yang ingkar,
maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai
alasan yang kukuh untuk menolaknya.
MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk
menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta
menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias
rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal
di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut
kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu
bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si
isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan
wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut
keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan
ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk
keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan
keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi
pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat
pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan
sahaja. Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun
mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk menyelia
segala pengurusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si
isteri dalam melakukan kerja-kerja rumah. Dengan adanya kerjasama
daripada kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga
bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.
MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA
Sebagai seorang
isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya apabila
keluar dari rumah. Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab
tertentu seperti bekerja, melawat sanak saudara atau keluar
membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak
menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai
serta berkelakuan baik. Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta
menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu
dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka menghulurkan
Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka
lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah
adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Al-Ahzab: 59)
Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala
kecacatan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah
untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada
perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan
kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.
MENYENANGKAN HATI SUAMI
Apabila si suami memberikan pemberian
dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk
menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta
hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika
mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah
menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
Dalam pepatah Arab ada menyebut:
Accept the little I may give you, my love for you will grow deeper,
and raise not your voice in my presence, especially when I am in a
moody crisis.
(Imam al-Ghazzali)
Untuk menyenangkan hati si suami melihat si isteri, maka si isteri
haruslah menjaga dirinya supaya kelihatan ceria dan menarik. Ketika
berada di dalam rumah, si isteri perlulah mengenakan solekan yang
sewajarnya agar suami tertarik hati melihatnya. Si isteri juga
hendaklah memakai wangi-wangian yang boleh menarik perhatian si suami.
Seorang perempuan tua Arab ada menasihatkan anaknya pada hari perkahwinannya:
O my daughter! You are leaving the home in which you were brought up
for a house in which you brought up for a house unknown to you and to a
companion unfamiliar to you. Be a floor to him, he will be a roof to
you; be a soft seat to him, he will be a pillar for you; and be like a
slave girl to him and he will be a slave boy to you. Avoid inopportune
behaviour, least he should be bored with you; and be not aloof lest he
should become indifferent to you. If he approaches you, come running to
him; and if he turns away, do not impose yourself upon him. Take care
of his nose, his eye and his ear. Let him not smell except a good odour
from you; let not his eye see you except in an agreeable appearance;
and let him hear nothing from you except nice, fine words.
(Imam al-Ghazzali)
PENDORONG DAN MEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya
menjadi teman berunding bagi suami, menjadi sahabt dalam menyelesaikan
masalah. Itulah sebabnya hubungan suami isteri itu diertikan orang
sebagi "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai
cita-citanya dan keluarganya, maka berilah motivasi kepada suami
disamping menghiburkan hatinya.
Dalam sesebuah institusi keluarga, ahli-ahlinya perlulah
bersama-sama memikul tanggungjawab supaya pembentukan keluarga bahagia
akan tercapai. Dalam hal yang sedemikian, terdapat beberapa
tanggungjawab yang dipikul bersama oleh suami isteri. Kedua-duanya
perlulah mendalami ilmu fardu ain. Ini adalah perlu kerana ilmu ini
merupakan panduan untuk mereka dalam menjalani kehidupan seharian. Kita
juga wajib menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Dengan mempelajari
lebih banyak ilmu fardu ain, suami isteri dapat menghayati kehidupan
Islam lebih bermakna lagi.
Untuk menyelesaikan apa juga masalah keluarga, suami isteri perlulah
sentiasa berbincang demi kebaikan bersama. Perbincangan adalah lebih
baik daripada bersikap autokratik kerana kata sepakat dapat dicapai
untuk kebaikan bersama dan tidak untuk kepentingan satu pihak sahaja.
Malah, dengan perbincangan juga suami isteri boleh mendapat ilham baru
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Dalam menunaikan
tanggungjawab masing-masing, kadang-kadang kita memerlukan pertolongan
dalam hal-hal kebajikan.
Isteri kadang-kadang memerlukan pertolongan si suami untuk membuat
kerja-kerja rumah. Dalam hal sebegini, adalah perlu bagi pasangannya
untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pasangannya supaya
kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan betul. Apabila seorang
daripada mereka melakukan perkara yang ditegah, adalah menjadi
tanggungjawab pasangannya untuk menegur kesilapan yang telah dilakukan.
Suami isteri hendaklah saling tegur menegur dan menghalang pasangan
masing-masing daripada melakukan kemungkaran, sebaliknya melakukan
lebih banyak hal-hal kebajikan.
Kedua-duanya perlulah bersikap jujur dan selalu menepati janji
antara satu sama lain kerana perkahwinan dianggap sebagai satu
institusi yang mana ahli-ahlinya perlulah saling percaya mempercayai
antara satu lama lain tanpa perlu berbohong atau menyimpan rahsia. Oleh
sebab itulah maka suami isteri hendaklah bersikap terbuka dan berterus
terang dalam banyak hal tanpa menyembunyikan kebenaran.
Suami isteri perlulah saling memaafkan dan menasihati kerana sebagai
manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Ini adalah
penting kerana tanpa sikap pemaaf dan saling tegur menegur ini, maka
suami isteri itu akan hidup dalam kekacauan kerana sering melakukan
kesilapan tanpa ada orang yang ingin menegurnya ataupun sering berbalah
kerana tidak ada sikap pemaaf itu.
Salah satu hikmah berkahwin ini ialah suami isteri dapat melakukan
solat berjemaah. Seperti yang diketahui, jika kita solat berjemaah,
maka pahala yang diperolehi adalah berganda-ganda daripada solat secara
sendiri. Dengan melakukan solat berjemaah ini maka perhubungan ukhwah
antara suami isteri dapat dipereratkan. Yang paling penting dalam
kehidupan sebagai suami isteri ini ialah bertawakal kepada Allah
setelah berusaha sedaya upaya untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup
berumahtangga.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa
perkahwinan ini adalah penting dalam sesebuah masyarakat kerana
keluarga merupakan batu asas dalam pembinaan sesebuah masyarakat. Untuk
melahirkan sesebuah masyarakat yang bahagia, kita perlulah memastikan
bahawa ahli-ahli masyarakat itu menjalankan tanggungjawab
masing-masing. Untuk melahirkan masyarakat yang yang kuat, mulia, dan
saling bertangungjawab, pembentukan keluarga yang bahagia adalah sangat
penting. Oleh sebab itu, adalah penting untuk membentuk sesebuah
keluarga bahagia.