MOSCOW - Polis Rusia sedang menyiasat seekor cimpanzi yang cuba
merogol seorang pekerja zoo wanita, Valentina Kirilova, lapor sebuah
akhbar kelmarin.
Kirilova yang berada dalam ketakutan terpaksa melawan cimpanzi itu
setelah ia tiba-tiba cuba menyambarnya ketika dia memberi sebiji pisang
di Zoo Rostov di Rusia.
"Saya banyak meluangkan masa bersama haiwan itu tetapi tidak pernah
terlintas bahawa seekor cimpanzi yang kesunyian melihat saya sebagai
objek seksual," kata Kirilova.
Cimpanzi yang bernama Otello itu mematahkan pergelangan tangan
penjaga zoo itu ketika ia menyambar Kirilova masuk ke dalam kurungan
sebelum menyerang mangsa.
Wanita itu menjerit menyebabkan beberapa pekerja lain bergegas memisahkan haiwan itu daripada mangsa.
"Apabila saya cuba memberikannya sebiji pisang, cimpanzi itu
menyambar tangan saya dan menarik saya ke dalam kurungan dan cuba
merogol saya," jelasnya.
Kirilova kemudian menerima rawatan kerana mengalami trauma manakala
polis menyoal beberapa kakitangan zoo bagi mengetahui bagaimana
kejadian itu boleh berlaku. - Agensi