Rogol Menggunakan Dadah

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16708
    Location : Venice of Perak

    Rogol Menggunakan Dadah

    Post by carnationmyra on Thu 11 Jun 2009, 4:34 pm

    Anisa telah pergi ke sebuah majlis hari jadi salah seorang
    temannya. Mereka mengambil keputusan untuk mengadakannya di sebuah
    restoran yang privasi supaya teman-teman sepejabat yang datang dari
    jabatan berlainan dapat berkumpul tanpa tetamu luar. Anisa duduk
    bersama-sama dengan teman-teman baiknya, dan oleh kerana dia tidak
    begitu sihat, dia mengambil keputusan untuk tidak mengambil sebarang
    minuman beralkohol malam itu. Menjelang malam, dia mula merasa pening
    dan tidak dapat berhibur bersama teman-teman yang lain. Risaukan
    keadaannya itu, Anisa mengambil keputusan meminta izin dari salah
    seorang rakan perempuannya untuk pulang ke rumah.Ketika berjalan ke
    kereta, Anisa telah pengsan. Apabila dia sedar, dia tidak ingat apa
    yang telah berlaku pada dirinya selepas majlis itu. Syukur, temannya
    telah menghantarnya pulang dengan selamat dan menjaganya malam itu
    untuk memastikan dia dalam keadaan baik. Dia teringat pernah membaca
    artikel tentang dadah yang digunakan untuk tujuan merogol, dan tidak
    pasti sama ada ianya telah berlaku padanya. Apa itu rogol menggunakan
    dadah?

    ......................................................

    Rogol menggunakan dadah selalunya dilakukan oleh perogol dengan
    meletakkan tablet atau pil kedalam minuman mangsa tanpa pengetahuannya.
    Terdapat pelbagai jenis dadah yang digunakan untuk tujuan ini. Buat
    masa ini yang paling biasa digunakan adalah Rohypnol (juga dikenali
    sebagai “roofies”)- dan ianya memberi kesan sebagai ubat pelali kepada
    mangsa. Rohypnol sangat mengkhayalkan ianya sama seperti Valium, tapi
    kesannya lebih kuat lagi. Dadah ini menghasilkan kesan yang boleh
    membuatkan seseorang itu berasa tenang, amnesia, pengenduran otot, dan
    melambatkan tindakan psikomotor; membuatkan mangsa merasa pening, rasa
    mengantuk yang luar biasa, berhadapan dengan masalah koordinasi dan
    mabuk. Ianya berlaku dalam tempoh 20-30 minit selepas diberikan dadah
    itu dan akan berlanjutan untuk beberapa jam.


    Kesan dadah ini hanya akan menyerap dalam sistem badan untuk masa
    yang singkat, jadi sekiranya anda mengesyaki yang anda adalah mangsa
    rogol dengan menggunakan dadah ini, pergi ke hospital atau balai polis
    secepat mungkin untuk diperiksa.


    Dadah yang digunakan untuk merogol mungkin tidak berwarna, tidak
    mempunyai rasa dan tidak berbau, tetapi berikut adalah antara cara yang
    praktikal yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko dirogol dengan
    menggunakan dadah dan untuk melindungi diri sendiri:


    • Jangan sesekali membiarkan minuman anda. Jika anda perlu ke
    tandas, habiskan air anda dahulu atau bawanya bersama. Sekiranya anda
    terpaksa meninggalkan minuman, jangan minum lagi selepas itu. Pesan
    minuman lain.

    • Jika seseorang yang tidak dikenali memberikan anda minuman, jangan
    terima. Walaupun teman-teman atau kenalan memberikan anda minuman,
    pastikan anda melihat air itu dibuka dan dituang ke dalam gelas untuk
    memastikan tidak ada orang lain menyentuhnya sebelum itu.

    • Jika anda minum minuman beralkohol, hati-hati dengan tahap penerimaan
    anda terhadap alkohol itu. Sekiranya anda merasa loya, pening kepala
    atau benar-benar mabuk hanya selepas minum sedikit minuman beralkohol,
    pergi ke tempat yang selamat dengan segera.


    • Jika anda bersama dengan seseorang yang anda percayai, beritahu
    dia tentang kebimbangan anda. Anda juga boleh beritahu kepada pihak
    pengurusan tentang kebimbangan anda itu. Kemudian minta mereka
    menghantar anda pulang ke rumah. Minta mereka untuk berada disamping
    anda sehingga kesan dadah itu hilang.

    • Jika anda keluar secara berkumpulan, dapatkan seseorang yang tidak
    akan minum minuman beralkohol untuk memerhatikan minuman-minuman itu.

    • Rancang perjalanan anda dari rumah jika anda keluar pada waktu malam.

    • Hati-hati dengan persekitaran anda, dan jauhkan diri daripada situasi yang membuatkan anda tidak selesa.

    • Kalau boleh, minum air daripada botol atau tin. Ianya lebih
    menyukarkan seseorang memasukkan pil menerusi botol atau tin berbanding
    gelas. Anda juga boleh menutup bahagian atas botol atau tin dengan ibu
    jari. Sekali lagi, jangan biarkan minuman anda terdedah.

    • Minum minuman tidak beralkohol tidak bermakna anda akan selamat.
    Minuman seperti air kosong, kola, teh, kopi dan susu juga boleh
    dicampurkan dengan minuman beralkohol.

    • Jangan berkongsi atau bertukar minuman.

    • Berhati-hati sebelum keluar dari sesebuah tempat dengan seseorang yang anda baru kenali.


    Oleh kerana dadah seperti Rohypnol mempengaruhi memori, adakalanya
    mangsa sukar untuk mengingati apa yang telah berlaku atau siapakah
    pelaku jenayah itu. Jika anda tersedar dan berada di tempat yang tidak
    diketahui atau apabila anda sedar, anda berada di bilik anda sendiri
    tetapi dengan pakaian yang berselerakan, atau jika anda dapati ada
    bukti fizikal seperti lebam atau sakit pada pada alat kelamin, anda
    mungkin telah dirogol. Dadah boleh hilang dari sistem badan dengan
    begitu cepat. Sekiranya anda mempunyai orang yang disyaki, buat laporan
    polis, pergi ke hospital atau telefon talian bantuan wanita.

    Untuk informasi, nasihat, kaunseling sulit dan selamat bagi
    serangan seksual, anda boleh menelefon talian bantuan Women’s Aid
    Organisation Sex Assault- 03-7960 3030 (Sabtu, Isnin dan Selasa 9.00
    pagi-6.00 petang, Rabu hingga Jumaat, 9.00 pagi -10 malam).


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    Kehidupan
    kanak2 terpilih

    Posts : 1082
    Points : 18062
    Location : Saint Petersburg
    Signature : "Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?"

    Re: Rogol Menggunakan Dadah

    Post by Kehidupan on Thu 11 Jun 2009, 5:18 pm

    wah, boleh test nih......... blushing

    iorichee
    chomot-chomeyl

    Posts : 264
    Points : 14773
    Signature : Life Must Go On....

    Re: Rogol Menggunakan Dadah

    Post by iorichee on Sat 13 Jun 2009, 11:18 am

    Kehidupan wrote:wah, boleh test nih......... blushing

    test apa tuh...???
    hurmm....
    hish

    Sponsored content

    Re: Rogol Menggunakan Dadah

    Post by Sponsored content Today at 5:38 pm


      Current date/time is Sat 03 Dec 2016, 5:38 pm