Warga emas ditahan rogol anak saudara

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16733
    Location : Venice of Perak

    Warga emas ditahan rogol anak saudara

    Post by carnationmyra on Tue 05 May 2009, 9:06 am

    PULAU PINANG 4 Mei - Setelah hampir dua tahun menjadi mangsa nafsu
    serakah bapa saudaranya yang berusia 65 tahun, seorang pekerja kilang
    akhirnya mengambil keputusan membuat laporan polis di Butterworth,
    dekat sini semalam.



    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II
    Wan Abdullah Tuanku Said berkata, tindakan itu diambil setelah mangsa
    yang berusia 22 tahun itu tidak mampu lagi bertahan akibat sering
    menjadi mangsa rogol oleh suspek sejak 2007.



    "Siasatan mendapati, kejadian itu bermula apabila bapa saudaranya
    yang merupakan seorang bomoh memberitahu bahawa dia (mangsa) telah
    'dibuat' oleh teman lelaki dan jika hendak sembuh perlu melakukan
    hubungan seks dengannya (suspek).



    "Wanita itu yang dipercayai termakan kata-kata bapa saudaranya itu
    telah menyerah diri begitu sahaja dan kejadian itu berlaku sepanjang
    tempoh tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.



    Tambahnya, ekoran daripada laporan mangsa kira-kira pada pukul 7
    petang, polis telah menahan bapa saudaranya itu untuk siasatan lanjut.



    Dalam kes berasingan, beliau berkata, polis berjaya menahan empat
    orang berusia dalam lingkungan 18 hingga 32 tahun kerana menyamar
    sebagai penjawat awam di Komtar semalam.



    Katanya, kejadian berlaku berhampiran tangga di tingkat tiga
    bangunan itu selepas keempat-empat suspek menahan seorang lelaki rakyat
    Bangladesh lalu memeriksa pasport mangsa.



    "Mereka kemudiannya mengugut mangsa untuk mengoyakkan pasport milik
    lelaki itu jika mangsa enggan menyerahkan sejumlah wang kepada mereka.



    "Namun usaha mereka gagal kerana orang ramai di kawasan itu dan
    mangsa yang berusia 32 tahun kemudian melaporkan perkara itu kepada
    pihak polis," ujarnya.


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    eyes143
    superpower MV

    Posts : 1175
    Points : 18518
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Re: Warga emas ditahan rogol anak saudara

    Post by eyes143 on Wed 06 May 2009, 3:56 am

    kes cmni tak penah habis nanges


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    "kotak hati seseorang itu akan berisi kasih jitu.. seandainya antara kamu punya rasa rindu.."

    castle in da sky is mine

      Current date/time is Fri 09 Dec 2016, 4:04 am