RENO, Nevada 20 April - Seorang wanita warga emas berusia 100 tahun
dari New Jersey mencatat sejarah sebagai peserta paling tua dalam
Kejohanan Kongres Boling Wanita Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.
Emma Hendrickson dari Morris Plains, New Jersey, menerima pingat dan
piala bagi meraikan penampilannya kali ke-50 berturut-turut dalam
kejohanan tersebut.
Emma yang sudah memiliki cicit berjaya menjatuhkan 115, 97 dan 106
bagi siri 318 dalam pertandingan peringkat pasukan di Stadium Boling
Nasional di Reno.
Wanita ini tidak merancang untuk berhenti bermain boling. Dia telah
mengesahkan penyertaan bagi pertandingan serupa di El Paso, Texas pada
tahun 2010. - AP