Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

3 posters

    Tiada lemak **** dalam coklat

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30213
    Location : Venice of Perak

    Tiada lemak **** dalam coklat Empty Tiada lemak **** dalam coklat

    Post by carnationmyra Sat 25 Apr 2009, 8:16 am

    BANGI: Umat Islam tidak perlu bimbang membeli dan makan coklat berasaskan lemak koko termasuk yang diimport kerana ia tidak mengandungi lemak ****.

    Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mamot Said, berkata penggunaan bahan lemak haiwan termasuk lemak **** akan mewujudkan bebunga lemak pada permukaan coklat dan mudah rosak jika diadunkan dengan lemak ****.

    Katanya, mengikut kajian kandungan bahan emulsifier dalam coklat yang dikatakan lemak **** sebenarnya adalah sumber agen serangga untuk memudahkan penyebatian.

    “Penggunaan lemak selain lemak susu dalam coklat juga tidak dibenarkan di Eropah. Malah, penggunaan lemak tumbuhan dalam semua produk coklat hanya dibenarkan maksimum lima peratus saja.

    “Jika melebihi, produk itu tidak boleh dinamakan coklat, sebaliknya dilabel sebagai coklat kompaun dan coklat sebenar menggunakan 100 peratus lemak koko. Jadi, tiada sebab perlunya dicampurkan lemak haiwan termasuk lemak **** kerana ia tidak sesuai untuk sebatian dengan lemak koko,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

    Ia bagi memberi penjelasan kepada masyarakat termasuk umat Islam yang bimbang berikutan laporan banyak coklat import dika-takan menggunakan lemak haiwan termasuk lemak ****.

    Laporan sebuah akhbar Selasa lalu mendakwa kandungan lemak haiwan itu berasaskan kepada penemuan bahan emulsifier yang dikatakan mengandungi lemak **** dalam adunan coklat.

    Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Norwandy Mat Noordin mendedahkan pengusaha coklat di barat lebih gemar menggunakan lemak **** kerana penternakan meluas terutama di Amerika Syarikat, Denmark, Jerman dan Perancis.
    eyes143
    eyes143
    superpower MV


    Posts : 1175
    Points : 31998
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Tiada lemak **** dalam coklat Empty Re: Tiada lemak **** dalam coklat

    Post by eyes143 Sat 25 Apr 2009, 9:55 pm

    sng citer jgn mkn cokelat.. wateva
    pinkrabbit
    pinkrabbit
    chomot-chomeyl


    Posts : 165
    Points : 28132
    Location : Earth..
    Signature : i just want happiness...

    Tiada lemak **** dalam coklat Empty Re: Tiada lemak **** dalam coklat

    Post by pinkrabbit Sun 26 Apr 2009, 6:06 pm

    hmm.. i love choc very much2.. nanges

    Sponsored content


    Tiada lemak **** dalam coklat Empty Re: Tiada lemak **** dalam coklat

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Sat 27 Apr 2024, 6:50 am