Rangka lelaki bisu ditemui dalam semak

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16708
    Location : Venice of Perak

    Rangka lelaki bisu ditemui dalam semak

    Post by carnationmyra on Mon 20 Apr 2009, 9:16 pm

    ALOR SETAR: Kerangka yang dipercayai seorang lelaki bisu yang
    dilaporkan hilang tiga bulan lalu ditemui di dalam semak di tepi sungai
    berdekatan Masjid Lama di Felda Lubuk Merbau, di daerah Padang Terap
    hari
    ini.
    Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan
    Ku Yaacob Ku Hamad, berkata rangka itu ditemui oleh seorang lelaki yang
    sedang memancing di sungai berkenaan.
    Katanya berdasarkan beberapa bukti pengenalan diri yang ditemui bersama
    kerangka
    berkenaan, polis percaya rangka itu adalah seorang peduduk tempatan
    yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada 7 Januari lalu.
    "Polis turut menemui tali pinggang dan cebisan seluar mangsa di tempat
    kejadiaan.
    Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dilakukan terhadap mangsa
    sehingga menyebabkan kematiannya dan kes ini disifatkan sebagai
    kematian mengejut," katanya.

      Current date/time is Sat 03 Dec 2016, 5:36 pm