Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    80% hotel di Pahang tiada sijil halal

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30068
    Location : Venice of Perak

    80% hotel di Pahang tiada sijil halal Empty 80% hotel di Pahang tiada sijil halal

    Post by carnationmyra Tue 05 May 2009, 9:04 am

    KUANTAN 4 Mei - Sebanyak 80 peratus daripada kira-kira 400 hotel di
    seluruh negeri ini tidak memiliki sijil halal yang dikeluarkan Jabatan
    Agama Islam Pahang (JAIP).



    Ketua Penolong Bahagian Penyelidikan JAIP, Zakaria Mohamed berkata,
    fenomena itu berlaku disebabkan kurangnya kesedaran di kalangan
    pengusaha hotel.



    Berikutan itu, katanya, JAIP menggiatkan kempen untuk menarik lebih banyak hotel mendapatkan sijil halal.


    ''Jika di bandar ini, hanya lapan hotel memiliki sijil halal dan ini berlaku kerana kurangnya kesedaran di kalangan mereka.


    ''Pengusaha hotel perlu sedar keyakinan pelanggan Islam terhadap
    mereka akan meningkat dengan adanya sijil halal di premis
    masing-masing,'' katanya ketika menutup seminar Pembangunan Ekonomi
    Islam dan Produk Halal daerah Kuantan di sini hari ini.



    Zakaria berkata, pihaknya akan terus menjalankan promosi di setiap
    daerah bagi memastikan semua premis makanan dan hotel mempunyai sijil
    halal dari JAIP.



    Menurutnya, permohonan mendapatkan sijil halal tidak sukar kerana
    pengusaha makanan dan hotel hanya perlu mematuhi beberapa syarat yang
    ditetapkan JAIP.



    ''Kini, pengusaha makanan bukan Melayu turut memohon sijil halal
    tersebut kerana mereka mengetahui kepentingan sijil tersebut demi
    perniagaan mereka.



    ''Bukan saja bahan yang digunakan, malah barang-barang yang
    digunakan dalam proses penyediaan makanan turut diambil kira dalam
    proses mengeluarkan sijil halal kepada mereka,'' katanya.

      Current date/time is Thu 28 Mar 2024, 11:06 pm