Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

3 posters

    Wanita cuba bunuh diri kerana suami enggan kerja

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30213
    Location : Venice of Perak

    Wanita cuba bunuh diri kerana suami enggan kerja Empty Wanita cuba bunuh diri kerana suami enggan kerja

    Post by carnationmyra Tue 21 Apr 2009, 10:59 pm

    JOHOR BAHRU: Seorang ibu beranak dua cuba membunuh diri di Jambatan
    Permas Jaya, di sini pagi tadi kerana dipercayai tidak tahan dengan
    sikap suami yang enggan bekerja.


    Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner
    Zainuddin Yaacob, berkata wanita berusia 27 tahun itu mengancam untuk
    terjun dari jambatan berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi.


    Bagaimanapun, katanya, polis dan anggota Bomba dan Penyelamat
    Balai Johor Jaya dapat menggagalkan cubaan wanita terbabit selepas
    memujuk kira-kira 20 minit.


    "Siasatan awal polis mendapati wanita itu malu dengan keluarga serta
    tidak tahan dengan sikap suami yang enggan bekerja sehingga mendorong
    untuk membunuh diri," katanya di sini.


    Zainuddin berkata, wanita berkenaan kini dtahan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

    Qeena
    Qeena
    MODfire


    Posts : 79
    Points : 27791
    Location : Kuala Lumpur
    Signature : ~~ Tetapkan hati aku..hanya untuk dia...~~

    Wanita cuba bunuh diri kerana suami enggan kerja Empty Re: Wanita cuba bunuh diri kerana suami enggan kerja

    Post by Qeena Sat 25 Apr 2009, 6:26 pm

    alahai...kalu aku...aku bunuh ja suami aku tu...abis cerita..
    tak pun lari ja jauh2..bawak anak...
    cari kerja ...
    apa kejadahnyer nak bunuh diri untuk seorang manusia yang tak berguna....
    eyes143
    eyes143
    superpower MV


    Posts : 1175
    Points : 31998
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Wanita cuba bunuh diri kerana suami enggan kerja Empty Re: Wanita cuba bunuh diri kerana suami enggan kerja

    Post by eyes143 Sat 25 Apr 2009, 9:46 pm

    smpai nk bunuh diri..?
    ish3.. tinggalkan je laki tu..

    Sponsored content


    Wanita cuba bunuh diri kerana suami enggan kerja Empty Re: Wanita cuba bunuh diri kerana suami enggan kerja

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Sat 27 Apr 2024, 7:18 am