Hanya Kerana RM2......

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16733
    Location : Venice of Perak

    Hanya Kerana RM2......

    Post by carnationmyra on Fri 08 May 2009, 11:28 am

    TUMPAT 7 Mei – Ibu hamil yang terbunuh dalam kejadian ragut di
    Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh, Kota Bharu semalam, tidak
    menyimpan wang yang banyak di dalam begnya - hanya dompet usang berisi
    RM2.



    Apa yang menyedihkan ialah wanita malang itu, Saripah Mohd. Noor,
    34, berhasrat untuk menggunakan wang tersebut yang dipinjam daripada
    saudaranya bagi membeli makanan ringan buat anak-anaknya.



    Malangnya, beg tangan yang disandang mangsa semasa menunggang
    motosikal bersendirian sejauh 60 kilometer dari rumah ibunya di Kampung
    Kok Bedullah di sini ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok menjadi
    sasaran peragut sehingga mengakibatkan dia terbunuh.



    Menurut ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, allahyarham sebelum itu
    meminjam wang RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumah
    bagi mengambil salah seorang daripada tiga anaknya yang ditinggalkan
    bersama suami.



    “Dia (Saripah) langsung tak ada duit, dia minta dengan makcik tetapi
    makcik juga tak berduit. Dia pinjam RM5 dengan adik iparnya untuk
    mengisi minyak motosikal.



    “Kemudian dia ke kedai untuk mengisi minyak RM3 dan bakinya RM2 lagi
    untuk dibelanja bagi menggembirakan anak-anaknya,” katanya ketika
    ditemui di rumahnya di Kampung Kok Bedullah hari ini.


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

      Current date/time is Fri 09 Dec 2016, 4:05 am