Kami sungguh terkejut dengan tindakan Kerajaan BN Perak pimpinan MB Zambry Kadir yang membenarkan penganjuran "Konsert Jom Heboh TV3"
diadakan di negeri itu. Program yang diadakan selama dua hari hingga
esok itu secara jelas telah melanggar keputusan yang telah ditetapkan
oleh Majlis Mufti-Mufti Malaysia yanda 30 Julai 2004. Majlis Mufti secara jelas memutuskan bahawa program tersebut adalah "haram" kerana
ia jelas melalaikan dan menggalakkan maksiat dikalangan golongan muda.
Malah di Kuantan sahaja lebih 20 pasangan telah ditangkap kerana
berkhalwat dalam hotel murahan di bandar itu ketika program tersebut
berlangsung baru-baru ini. Program kali ini yang berlangsung di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut jelas sekali telah melanggar ketetapan itu.
Apakah ini balasannya selepas UMNO dan BN mengambil alih kuasa di
negeri Perak agaknya. Soalnya sekarang kenapa ia diadakan tanpa
mendapatkan khidmat nasihat Mufti Perak sendiri iaitu Dato' Seri Haji Harussani Zakaria. Soalnya
sekarang, mana hilangnya Mufti Perak yang cukup kontroversi ini
sekarang. Kenapakah tiada langsung ulasan beliau tentang perkara ini,
atau apakah beliau telah ditutup mulutnya rapat-rapat dari masuk campur
dalam hal ehlwal pentadbiran kerajaan negeri Perak yang baru ini. Kami
agak musykil jika Mufti Perak itu tidak dimaklumkan perkara ini.
Bukankah beliau antara Mufti yang telah mengeluarkan kenyataan media
berhubung dengan pengharaman tersebut dulu. Ketika itu nama Jom Heboh ialah Sure Heboh. Ia ditukarkan oleh pihak TV3 bagi mengelirukan rakyat, kononnya yang diharamkan adalah "Sure" dan bukannya "Jom". Soalnya
sekarang kenapakah juga ia diadakan dalam sebuah pengkalan tentera.
Apakah ini imej yang mahu digambarkan, bayangkan jika musuh membuat
tindakan ketika acara itu sedang berlangsung. Siapakah yang harus
disalahkan sekarang?. Malah, membawa hiburan yang melalaikan ke dalam
sebuah kem angkatan tentera juga bolehlah dianggap satu tindakan yang
biadap dan mencemarkan nama baik angkatan tentera sebenarnya.
p/s : sori klu lebih kepada politik, apa yg nk sy tekankan di sini bukannya politik semata. tetapi isu yang jauh lebih penting yang hendak saya sampaikan & fokuskan ialah berkenaan keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia. Kalau xsesuai leh la delate