Sekali lagi kita tanya diri sendiri “DI MANA ALLAH DALAM HATI kita?”
Adakah
kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya?
Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?Kalau
begitu,sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang
dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat padaNya? Apakah yang
kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita
meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat,
ingatlah ketika Allah menyebut: “aku bersama hambaKu ketika dia
mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana aku”
Adakah
kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah?
Tidakkah kita teringat akan janji2 Allah pada kita yang mampu bangun di
tengah2 malam- Allah menyebut: “Adakah terdapat hambaKu yang bangun di
tengah malam untuk bertaubat, di mana aku menerima taubatnya, yang
memohon keampunanKu, maka aku ampunkan segala dosanya dan memohon
sesuatu, maka aku berikan padanya”
Tidakkah kita mahu berusaha
untuk menjadikan hati2 ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban
keranaNYa untuk meninggikan syiar agamaNYa walaupun pelbagai rintangan
dan halangan. Berapa banyak ruang dan masa yang ada pada kita untuk
memerhatikan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada kita,
terus bersyukur padaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernahkah
terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat
hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran,
bakat, anak2, ibu bapa yang terlalu menyanyangi kita walau saat kita
tersungkur, suami atau isteri yang mengasihi kita?
Atau kita
sekadar menerima nikmatNya tanpa sebarang balasan untuk beramal dan
mematuhi segala titah perintah Allah.Sesungguhnya ketahuilah wahai
saudara-saudari segama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan
pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita
cari, termasuk harta benda, anak2, pangkat dan jawatan..tapi apa yang
paling penting.. DI MANA ALLAH DALAM HATI KITA?
Jika tergerak
hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri DI MANA ALLAH
DALAM HATI KITA? Allahkah yang patut dicari atau maksiat yang patut
ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah
pada hari pembalasan yang mungkin esok, lusa atau hari ini atau mungkin
pada saat ini..sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya???
p/s : nasihat untuk diriku yang selalu terlupa....