Konsert Jom Heboh Haram Kini Berada Di Perak, Mana Hilangnya Mufti Negeri Iaitu Dato' Seri Haji Harussani Zakaria Berhubung Isu Ini

    Share

    Kehidupan
    kanak2 terpilih

    Posts : 1082
    Points : 18077
    Location : Saint Petersburg
    Signature : "Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?"

    Konsert Jom Heboh Haram Kini Berada Di Perak, Mana Hilangnya Mufti Negeri Iaitu Dato' Seri Haji Harussani Zakaria Berhubung Isu Ini

    Post by Kehidupan on Sun 26 Apr 2009, 10:07 am

    Kami sungguh terkejut dengan tindakan Kerajaan BN Perak pimpinan MB Zambry Kadir yang membenarkan penganjuran "Konsert Jom Heboh TV3"
    diadakan di negeri itu. Program yang diadakan selama dua hari hingga
    esok itu secara jelas telah melanggar keputusan yang telah ditetapkan
    oleh Majlis Mufti-Mufti Malaysia yanda 30 Julai 2004. Majlis Mufti secara jelas memutuskan bahawa program tersebut adalah "haram" kerana
    ia jelas melalaikan dan menggalakkan maksiat dikalangan golongan muda.
    Malah di Kuantan sahaja lebih 20 pasangan telah ditangkap kerana
    berkhalwat dalam hotel murahan di bandar itu ketika program tersebut
    berlangsung baru-baru ini. Program kali ini yang berlangsung di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut jelas sekali telah melanggar ketetapan itu.
    Apakah ini balasannya selepas UMNO dan BN mengambil alih kuasa di
    negeri Perak agaknya. Soalnya sekarang kenapa ia diadakan tanpa
    mendapatkan khidmat nasihat Mufti Perak sendiri iaitu Dato' Seri Haji Harussani Zakaria. Soalnya
    sekarang, mana hilangnya Mufti Perak yang cukup kontroversi ini
    sekarang. Kenapakah tiada langsung ulasan beliau tentang perkara ini,
    atau apakah beliau telah ditutup mulutnya rapat-rapat dari masuk campur
    dalam hal ehlwal pentadbiran kerajaan negeri Perak yang baru ini. Kami
    agak musykil jika Mufti Perak itu tidak dimaklumkan perkara ini.
    Bukankah beliau antara Mufti yang telah mengeluarkan kenyataan media
    berhubung dengan pengharaman tersebut dulu. Ketika itu nama Jom Heboh ialah Sure Heboh. Ia ditukarkan oleh pihak TV3 bagi mengelirukan rakyat, kononnya yang diharamkan adalah "Sure" dan bukannya "Jom". Soalnya
    sekarang kenapakah juga ia diadakan dalam sebuah pengkalan tentera.
    Apakah ini imej yang mahu digambarkan, bayangkan jika musuh membuat
    tindakan ketika acara itu sedang berlangsung. Siapakah yang harus
    disalahkan sekarang?. Malah, membawa hiburan yang melalaikan ke dalam
    sebuah kem angkatan tentera juga bolehlah dianggap satu tindakan yang
    biadap dan mencemarkan nama baik angkatan tentera sebenarnya.

    p/s : sori klu lebih kepada politik, apa yg nk sy tekankan di sini bukannya politik semata. tetapi isu yang jauh lebih penting yang hendak saya sampaikan & fokuskan ialah berkenaan keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia. Kalau xsesuai leh la delate malumalu

    pinkrabbit
    chomot-chomeyl

    Posts : 165
    Points : 14642
    Location : Earth..
    Signature : i just want happiness...

    Re: Konsert Jom Heboh Haram Kini Berada Di Perak, Mana Hilangnya Mufti Negeri Iaitu Dato' Seri Haji Harussani Zakaria Berhubung Isu Ini

    Post by pinkrabbit on Sun 26 Apr 2009, 8:29 pm

    pelik gak... confuse

    Kehidupan
    kanak2 terpilih

    Posts : 1082
    Points : 18077
    Location : Saint Petersburg
    Signature : "Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?"

    Re: Konsert Jom Heboh Haram Kini Berada Di Perak, Mana Hilangnya Mufti Negeri Iaitu Dato' Seri Haji Harussani Zakaria Berhubung Isu Ini

    Post by Kehidupan on Tue 28 Apr 2009, 10:39 am

    pinkrabbit wrote:pelik gak... confuse
    saya xpelik, cuma sedih jer......... nangeslari nangeslari

    Sponsored content

    Re: Konsert Jom Heboh Haram Kini Berada Di Perak, Mana Hilangnya Mufti Negeri Iaitu Dato' Seri Haji Harussani Zakaria Berhubung Isu Ini

    Post by Sponsored content Today at 10:08 pm


      Current date/time is Tue 06 Dec 2016, 10:08 pm