Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    Kenapa Islam Haramkan Murtad

    king_diamond
    king_diamond
    superpower MV


    Posts : 767
    Points : 30628
    Location : palestine
    Signature : iman adalah aset...kalau kurang boleh tambah...kalau abis leh bankrap...hihi

    Kenapa Islam Haramkan Murtad Empty Kenapa Islam Haramkan Murtad

    Post by king_diamond Wed 20 May 2009, 1:51 pm

    Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah: ayat 256 :
    " Tidak ada paksaan untuk [memasuki] agam islam, sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat " = tidak ada paksaan, mereka boleh melihat & menilai sendiri jalan yg benar & jalan yg salah.

    Rasulullah SAW sendiri diutus bukan lah untuk menjadi tukang paksa, dalam surah Al-Ghashiyah ayat 21:
    " Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan "

    Allah menekankan dalam surah Al-Baqarah : Ayat 119 :
    " Sesungguhnya kami telah mengutusmu wahai ( Muhammad ) dengan kebenaran ; sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, dan kamu tidak akan diminta
    ( pertanggungjawabkan ) tentang penghuni-penghuni neraka "

    Jika fitrah membolehkan manusia membezakan yang betul daripada yang salah, di beri pula bermacam petanda, di datangkan pula Nabi Muhammad, kenapa manusia pintar masih mahu murtad?

    -Masalah kita di sini berpunca daripada kerapuhan akidah sebilangan kita dan tidak berpegang pada ajaran Rasulullah SAW. Dengan kerapuhan ini, kita berdepan pula dgn serangan barat dalam segenap aspek kehidupan, khususnya falsafah hidup. Selain daripada itu, punca kerapuhan kita pd hari ini ialah :
    >> kelemahan institusi ilmu-ilmu Islam.
    >> Tersebar luasnya amalan bida'ah & Khurafat
    >> Kemiskinan Umat Islam
    >> Budaya hendonisme
    >> Golongan intelektual lebih terpesona dgan falsafah barat & pendekannya kepada agama
    >> Kelemahan pemimpin kita & Sistem politik Dunia Islam.

    - Bila seseorang telah memeluk agama Islam, bermakna dia telah rela menerima Islam secara menyeluruh, dan jika dia sudah bergelar seorang Islam, dia tidak mempunyai hak untuk menentang fitrah. Jika dia tidak faham, ragu, maka dia mesti berdebat, berhujah, bertanya dan menyelesaikannya dalam lingkungan Islam. Jadi dia mesti mencari.

    Untuk keluar Islam ( Murtad ), dia tidak dibenarkan, Ayat 36, Surah Al-Azhab, Allah Berfirman :
    " Dan tidaklah patut bagi lelaki2 yg mukmin, dan tidak ( pula ) perempuan yg mukmin, apabila Allah & Rasul-NYA telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan ( yang lain ) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah & Rasulnya, maka sesungguhnyalah dia telah sesat, sesat yang nyata"

    -Pendirian Islam terhadap kemurtadan adalah ia menyamai pembelotan, pengkhianatan.
    Dalam Islam, Pembelotan & Pengkhianatan tidak terhad dalam aspek politik atau militari shj, tetapi merangkumi aspek spiritual dan Budaya.

    Contoh : Samalah Sekiranya kita menentang perlembagaan dalam negara kita dianggap sebagai pembelot & mengkhianat serta boleh dihukum bunuh, sebarang penentangan & pengkhianatan terhadap akidah Islam dianggap juga sbgai pembelotan. Kerana itu Islam menetapkan hukum yang keras terhadap gejala murtad.

    -Murtad terbahagi kepada 2 iaitu :
    1-Murtad Fitri : seseorang yang lahir dlm keluarga Islam, kemudian menolak Islam.
    ( kemurtadan jenis ini ialah pengkhianatan terhadap Allah secara langsung)
    Hukumannya : hukumannya bunuh sama ada dia bertaubat atau tidak, hanya Allah yg berhak menerima taubat,itu urusannya dgn Allah, namun demikian hukuman itu tetap dijalnkan.

    2-Murtad Milli : bila seseorang telah memeluk Islam dan kemudiannya menolak Islam
    ( Murtad Milli, pengkhianatannya terhadap komuniti Islam )
    Hukumannya : diberi peluang kedua, jika dia enggan bertaubat, memang hukumannya bunuh.

    Abu Abdullah as Sadiq mengatakan : "Seseorang Islam dalam kalangan muslim yang menolak Islam & Kenabian Nabi Muhammad & menganggapnya sebagai tidak benar, maka darahnya adalah mubah untuk sesiapa yang mendengar pengakuannya itu. Isterinya mesti dipisahkan daripadanya, hartanya mesti dibahagikan dalam kalangan warisnya, & Isterinya harus menempuh edah seorang janda. Imam haruslah menghukumnya bunuh tanpa memintanya untuk bertaubat" [ pandangan ini di ambil dari Tahdhibu 'I-ahkam susunan Sheikh at Tusi ] - untuk Murtad Fitri -

    Akhir bicara : Islam adalah tatacara hidup & pengkhianatan terhadap akidahnya, pengkhianatan terhadap Allah, Nabi Muhammad SAW, & Al-Quran adalah salah satu bentuk pembelotan & jenayah serta wajar dihukum bunuh

    Wallahu A'lam.. di harap ada ustaz-ustaz yang boleh terangkan lebih terperinci tentang persoalan ini.

      Current date/time is Fri 26 Apr 2024, 9:00 pm