Rasam (tak la masam rasanya)

    Share

    king_diamond
    superpower MV

    Posts : 767
    Points : 17138
    Location : palestine
    Signature : iman adalah aset...kalau kurang boleh tambah...kalau abis leh bankrap...hihi

    Rasam (tak la masam rasanya)

    Post by king_diamond on Wed 20 May 2009, 1:38 pm

    BAHAN-BAHAN

    1 sudu makan asam jawa
    1 ulas bawang putih
    1/2 sudu teh lada hitam - tumbuk
    1 sudu teh jintan manis
    4 cawan air
    2 sudu teh garam
    2 sudu makan daun ketumbar - cincang
    1 biji tomato - dipotong
    2 sudu teh minyak masak
    1 sudu teh biji sawi
    8 tangkai daun kari

    CARA PENYEDIAAN

    1. Basuh air asam jawa dengan air dan tapis.
    2.Masukkan air asam jawa, bawang putih, lada hitam, jintan, tomato, air, garam dan ketumbar ke dalam periuk dan biarkan mendidih.
    3. Kecilkan api. Renehkan selama 10 minit.
    4. Di dalam periuk berasingan, panaskan minyak dan goreng biji sawi bersama daun kari hingga daun bertukar menjadi keperangan.
    5. Masukkan campuran air lada hitam tadi dan sedia untuk dihidangkan.

      Current date/time is Tue 06 Dec 2016, 10:05 pm