Pembaca komik mampu bijak dan kreatif

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16708
    Location : Venice of Perak

    Pembaca komik mampu bijak dan kreatif

    Post by carnationmyra on Tue 05 May 2009, 8:43 am

    AHLI akademik menyifatkan komik mampu membantu pembacanya berfikir dengan lebih bijak dan kreatif.


    Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Ahmad Atory Hussain
    berkata, komik mempunyai banyak kategori dan setiap satu mengandungi
    kebaikan selagi tidak memaparkan jalan cerita kurang bermoral atau aksi
    ganas.



    "Saya sendiri kerap membeli komik bergambar termasuk berkaitan
    sejarah untuk pembacaan seorang anak saya yang mengalami masalah
    autisme iaitu lambat memahami sesuatu cerita atau maklumat.



    "Dengan komik ini, anak saya lebih memahami jalan cerita yang
    dipaparkan dan mengetahui banyak sejarah penting negara," katanya
    ketika dihubungi Mega, baru-baru ini.



    Beliau berkata, golongan pelajar pula boleh membaca komik yang
    menceritakan mengenai bidang pendidikan seperti Matematik dan Sains
    supaya lebih mendalami bidang itu.



    Menurut Ahmad Atory, individu perlu memandang bahan bacaan itu
    secara positif dan menggalakkan diri serta keluarga membacanya kerana
    banyak komik yang dijual di negara ini memaparkan nilai murni dan mesej
    yang baik kepada pembaca.



    "Penggemar komik membabitkan setiap peringkat usia masyarakat dan ia
    bukan sesuatu yang pelik kerana komik mampu menenangkan pemikiran.



    "Ada pelajar genius juga amat gemar membaca komik kerana ia boleh
    membantu mengurangkan tekanan selepas penat mengulangkaji pelajaran
    terutama pada minggu peperiksaan," katanya.



    Namun dalam soal ini, katanya, individu perlu tahu memilih jenis komik yang dapat mendedahkan mereka dengan ilmu yang baik.


    Atory berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memantau
    komik yang dibaca anak mereka dan membelikan komik yang bersesuaian
    dengan usianya supaya tidak terdedah dengan cerita tidak bermoral atau
    keganasan.



    "Individu juga perlu membaca komik pada waktu terluang bagi
    mengelakkannya ketagih sehingga menjejaskan tanggungjawab lain,"
    tambahnya.



    Selain itu, jelasnya, bidang penghasilan komik perlu dikembangkan menjadi sebuah industri yang penting di negara ini.


    Tambahnya, bidang itu yang terbukti mempunyai ribuan penggemar setia
    adalah satu cabang seni penting dan boleh digelar seni pembacaan.



    "Ketika ini, penggiat dalam bidang komik termasuk kartunis adalah
    kurang dan negara perlu memikirkan cara untuk mencari pelapis
    berkebolehan," katanya.



    Pakar Budaya yang juga Pengarah Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Abdullah Hassan pula berkata, pembaca komik ada dua kumpulan.


    "Ada pembaca yang memilih komik yang dipenuhi perkataan manakala ada
    pula yang gemarkan komik yang banyak gambar bagi menerangkan jalan
    cerita di dalamnya.



    "Jika ada yang anggap komik negatif, ia salah kerana sama ada
    positif atau negatif sesebuah bahan bacaan itu, ia bergantung kepada
    bentuk perkataan atau gambar yang dipaparkan, " kata beliau.



    Komik, tambahnya, memudahkan pembaca memahami isi kandungannya
    kerana dijelaskan secara ringkas melalui tulisan dan gambar jadi tidak
    hairan sejak puluhan tahun lalu ramai cerdik pandai yang belajar serta
    menerangkan hasil teori atau ilmu mereka melalui komik.



    Ketua II Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Bakar berkata, komik mampu menarik minat individu untuk membaca terutama di kalangan generasi muda.


    "Pelbagai jenis komik yang mempunyai kandungan bermutu boleh
    diperoleh di pasaran dan ia akan membantu pemikiran seseorang dan
    memberi banyak pengetahuan kepada mereka.



    "Lebih baik jika diwujudkan pula komik yang tidak menggunakan bahasa rojak tetapi mengandungi tatabahasa yang tepat," katanya.


    Bagi memastikan golongan remaja tidak terdedah dengan paparan
    berunsur negatif seperti cerita lucah, komik jenis itu perlu dipantau
    supaya tidak dijual sewenangnya di pasaran.


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16708
    Location : Venice of Perak

    Re: Pembaca komik mampu bijak dan kreatif

    Post by carnationmyra on Tue 05 May 2009, 8:44 am

    berita baik bt GK...... thumb


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

      Current date/time is Sat 03 Dec 2016, 5:38 pm