Tujuh kena selesema khinzir

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16733
    Location : Venice of Perak

    Tujuh kena selesema khinzir

    Post by carnationmyra on Sat 25 Apr 2009, 8:23 am

    WASHINGTON: Tujuh orang dikesan menghidap penyakit selesema khinzir jenis baru di California dan Texas, kata Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit Amerika, (CDC) dalam laporannya kelmarin,

    Pegawai kanan CDC, Dr Anner Schuchat berkata semua pesakit berkenaan sembuh, tetapi virus itu adalah gabungan beberapa virus yang biasa menyerang khinzir, unggas dan manusia tetapi tidak pernah dilihat sebelum ini.

    “Kami yakin akan menemui lebih banyak kes, bagaimanapun buat masa ini ia terkawal dan tidak perlu dibimbangkan,” katanya.

    Dr Schuchat berkata, hanya seorang daripada tujuh pesakit itu dimasukkan ke hospital dan yang lain sudah sembuh.

    Kalangan pegawai CDC juga tidak pasti sama ada penyakit itu mempunyai kaitan dengan musim selesema yang teruk di Mexico menyebabkan 20 orang meninggal dunia.

    “Biasanya tempoh jangkitan berakhir pada minggu terakhir Februari dan minggu pertama Mac, tetapi tahun ini tempoh itu berlanjutan sehingga April,” kata Kementerian Kesihatan Mexico.

    Sementara itu, Kanada meminta doktor memantau masalah penyakit pernafasan di kalangan warga Mexico yang datang ke negara itu. “Tanda penyakit serius di Mexico termasuk demam kuat, sakit kepala, sakit mata, sesak nafas dan keletihan teruk yang berlarutan kira-kira lima hari,” kata Pusat Kawalan Wabak British Columbia. - Reuters


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    eyes143
    superpower MV

    Posts : 1175
    Points : 18518
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Re: Tujuh kena selesema khinzir

    Post by eyes143 on Sat 25 Apr 2009, 9:53 pm

    ingatkan ade selsema burung je confuse


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    "kotak hati seseorang itu akan berisi kasih jitu.. seandainya antara kamu punya rasa rindu.."

    castle in da sky is mine

      Current date/time is Thu 08 Dec 2016, 9:58 am