Madihah belajar di Jordan

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16733
    Location : Venice of Perak

    Madihah belajar di Jordan

    Post by carnationmyra on Sat 25 Apr 2009, 8:18 am

    JOHOR BAHRU: Pelajar cemerlang yang memperoleh 20A peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Kamal, 18, sudah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik, di Jordan University Science of Technology dan akan memulakan pengajian, September ini.

    Bapanya, Nik Mohd Kamal, yang menemani pelajar itu ke Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009 di Johor Bahru semalam, berkata pengajian persediaan akan bermula 23 Mei ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

    Nik Nur Madihah yang juga penerima anugerah Biasiswa Kijang Emas, Bank Negara Malaysia akan meneruskan pengajiannya atas biasiswa penuh bank pusat itu. Majlis penerimaan anugerah itu Selasa lalu.

    Nik Mohd Kamal, ketika ditemui pemberita di tapak MSAM 2009 di Padang B, Plaza Angsana, berkata beliau bersyukur dengan tawaran pengajian di Jordan berkenaan walaupun berat hati untuk melepaskan anak sulungnya itu.

    Nik Nur Madihah yang diundang ke MSAM 2009 untuk sesi 'Ikon Inspirasi' sebelum itu meluangkan masa kira-kira satu setengah jam untuk memberi taklimat dan memberikan panduan belajar kepada sebahagian pengunjung pameran tahunan anjuran Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu. Hampir 200 pelajar dan orang dewasa mendengar pengalaman dan nasihat beliau.

    sepanjang tempoh pembelajarannya hingga berjaya menjadi pelajar cemerlang negara.

    Bekas pelajar Maahad Muhammadi (P), Pengkalan Chepa, Kelantan itu menggunakan kepetahan berbicara untuk menasihat sambil menghiburkan pengunjung dalam ceramah yang penuh diisi nasihat sambil diselitkan dengan hadis dan ayat al-Quran yang dilafazkan dengan lancar.


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    eyes143
    superpower MV

    Posts : 1175
    Points : 18518
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Re: Madihah belajar di Jordan

    Post by eyes143 on Sat 25 Apr 2009, 9:54 pm

    pelajar skola agama selalu terer2 terharu
    kagum betul love


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    "kotak hati seseorang itu akan berisi kasih jitu.. seandainya antara kamu punya rasa rindu.."

    castle in da sky is mine

      Current date/time is Thu 08 Dec 2016, 9:58 am