DONAT COKLAT
Bahan bahan :
1) 500 gram tepung gandum
2) 1 cawan gula
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) 1kg minyak masak (untuk menggoreng)
11) coklat masakan dan coklat urai (pilihan bahan untuk salut)
Cara :
1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul
rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh
hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab dn biarkan naik hingga 2 kali ganda. Seeloknya letak di tempat yg panas supaya doh naik dengan cantik
4) Selepas naik tumbuk-tumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Salut donat yang telah digoreng dengan gula halus atau sapu coklat pada bahagian atas donat dan tabur dengan coklat urai.
Sedia untuk dihidangkan.
BAHAN UNTUK TOPPING :
1) Cairkan coklat masakan dengan menggunakan cara 'double boiler' tambahkan sedikit marjerin ketika mencairkan coklat masakan...
2) Celup donut yg telah digoreng ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan, kemudian taburkan coklat rice diatasnya...