Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    ‘Bas terseret di lereng bukit’

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30213
    Location : Venice of Perak

    ‘Bas terseret di lereng bukit’ Empty ‘Bas terseret di lereng bukit’

    Post by carnationmyra Tue 21 Apr 2009, 3:04 pm

    SEPANG – “Saya nampak bas dipenuhi dengan debu, bunyi cermin pecah
    dan bas terseret di sepanjang lereng bukit ketika kejadian berlaku.’’



    Demikian cerita Rosniwati Md. Ali, 39, salah seorang mangsa
    terselamat dalam kemalangan jalan raya yang mengorbankan empat jemaah
    umrah dari Malaysia di Bir Ali ketika dalam perjalanan menuju ke
    Madinah pada 18 April lalu.



    Beliau yang duduk di tempat duduk keenam sebelah kanan bas berkata,
    sebelum tiba di tempat kejadian, pemandu bas dilihat menggunakan
    telefon bimbit dan bas dipandu berada dalam keadaan terhoyong-hayang.



    Katanya, tiba-tiba sahaja bas tersebut melanggar lereng bukit dan
    terseret sejauh beberapa meter sebelum memasuki lorong bertentang lalu
    melanggar sebuah pikap.



    “Saya sempat melihat jam tangan dan pada masa itu pukul 8.50 pagi.
    Dalam keadaan kelam-kabut itu kami semua (jemaah) terpelanting di dalam
    bas dan tidak mampu berbuat apa-apa,’’ ceritanya ketika ditemui media
    di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
    semalam.



    Kosmo! sebelum ini melaporkan, kejadian yang berlaku pada pukul
    8.30 pagi waktu tempatan itu telah mengorbankan empat jemaah iaitu
    Mohamad Ali Borhan, 68, dari Melaka; Rozita Jamaludin, 43, dari Perak;
    Sam Mad Saman, 60, dari Selangor dan Abdul Jalil Ahmad, 66, dari Negeri
    Sembilan.



    Seorang lagi mangsa terselamat, Datin Fauziah Aziz, 46, berkata,
    ketika kejadian, beliau sedang tidur kerana kepenatan selepas menaiki
    penerbangan sebelum itu.



    Beliau memberitahu, suasana riuh-rendah kedengaran ketika berada
    dalam bas disebabkan semua 19 jemaah terhumban dari tempat duduk
    masing-masing ketika bas melanggar lereng bukit.

      Current date/time is Sat 27 Apr 2024, 1:40 am