Bapa nafi mahu jual Rubina Ali

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16723
    Location : Venice of Perak

    Bapa nafi mahu jual Rubina Ali

    Post by carnationmyra on Tue 21 Apr 2009, 2:33 pm

    MUMBAI 20 April - Bapa pelakon cilik, Rubina Ali dalam filem Slumdog Millionaire menafikan
    cuba menjual anak perempuannya itu, selepas akhbar Britian mendakwa dia
    meletakan harga untuk menjual anaknya sebagai anak angkat.
    Media India hari ini berkata, Rafiq Qureshi menyifatkan berita yang
    disebarkan di seluruh dunia, bahawa dia mengadakan perjumpaan dengan
    seorang lelaki yang mendakwa dari Asia Barat yang mahu mengambil anak
    perempuannya berusia sembilan itu semalam sebagai suatu pembohongan.
    Akhbar tabloid mingguan itu menggambarkan lelaki berkenaan
    berperwatakan seperti sheikh Arab. Ia adalah taktik bagi
    memperlihatkannya sebagai majikan yang berjaya, kaya dan terkenal di
    Britian.
    "Mereka turut mendakwa kami akan menikmati pelbagai kemudahan dan ia
    sesuatu yang baik untuk anak perempuan saya, tapi saya menafikannya.
    Laporan menyatakan saya mahu menjual Rubina, itu tidak benar,'' kata
    Rafiq kepada pemberita.
    Rubina yang membawa watak sebagai Latika ketika remaja dalam filem
    yang menggegarkan dunia filem itu terus tinggal di kawasan miskin dan
    sesak di Mumbai dengan berkata; "Saya mahu terus tinggal dengan ayah."
    Berita seluruh dunia melaporkan Rafiq menuntut bayaran sebanyak
    AS$400,000 (RM1,440,000) untuk Rubina dalam pertemuannya dengan
    'sheikh' itu di salah sebuah hotel di Mumbai.
    Beliau juga mempertahankan bahawa keluarganya tidak perah membuat
    duit hasil daripada kecemerlangan filem itu, yang meraih lapan anugerah
    pada Februari lalu.
    Menurut media India, ibu Rubina, Kursheed yang tinggal berasingan
    telah membuat laporan polis dua minggu lalu dan mendakwa dia begitu
    tertekan dengan perhatian melampau ke atas anak perempuannya itu.
    - AFP


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    ARIFFX
    chomot-chomeyl

    Posts : 188
    Points : 14683
    Signature : signature?

    Re: Bapa nafi mahu jual Rubina Ali

    Post by ARIFFX on Tue 21 Apr 2009, 9:44 pm

    best ke slumdog millionair nih?

      Current date/time is Tue 06 Dec 2016, 10:06 pm