Apabila roh
keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada
di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.Apabila
mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku
minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai
orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan
panas.Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana
tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh". Apabila
dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh".
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil
dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani
kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau
suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari
Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda. Maka janganlah
kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah
kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar
dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah
mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah
supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar
suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa
dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu
diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu
lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku
tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan
sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia,
Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan
mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada
satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur
masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada
mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk
drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang
tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku". Setelah mendengar jawapan
mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil
anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai
bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di
hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi
melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudahada nur dimukanya
dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.
W berkata:
Apabila
telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka
keluar.Dan akhir sekali datanglagi satu kumpulan malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu.
"
Sambung
Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang
beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di
sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya
di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan
lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibrail A.S." Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail
A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu
dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak
lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu
takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang
mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah
mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak
ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang
ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah
malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin
itu. Lalu Allah S.W.T.
berfirman yang bermaksud:
"Wahai
malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja
malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun
cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah
dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak
yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan
bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan
tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut
cuba pula dari arah kaki.
Malangnya
malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut
roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah
telinga.
Sebaik
saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar
bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut
orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut
kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang
bermaksud:"Wahai malaikatKu,tulis AsmaKu ditelapak tanganmu
dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat
perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan AsmaAllah S.W.T.
Sebaik
saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah
roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A.telah ditanya
tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu
Bakar R.
A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.
"
Telah bersabda Rasullullah S.A.
W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.