Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    Saintis berusia 100 tahun tetap gigih

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30213
    Location : Venice of Perak

    Saintis berusia 100 tahun tetap gigih Empty Saintis berusia 100 tahun tetap gigih

    Post by carnationmyra Mon 20 Apr 2009, 9:36 pm

    ROM 19 April - Pemenang anugerah Hadiah Nobel, saintis Rita Levi
    Montalcini berkata, walaupun usianya 100 tahun tetapi mindanya kini
    lebih tajam berbanding ketika berumur 20 tahun.

    Levi Montalcini yang turut berkhidmat sebagai senator seumur hidup
    di Itali meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-100 Rabu lalu, dan
    beliau berucap sempena majlis penghormatan terhadapnya oleh Institut
    Penyelidikan Otak Eropah, semalam.

    Beliau berkongsi hadiah Nobel perubatan 1986 dengan rakyat Amerika
    Syarikat, Stanley Cohen kerana menemui mekanisme mengawal pertumbuhan
    sel dan organ.

    "Dalam usia 100 tahun ini, saya memiliki minda yang hebat berbanding
    ketika saya berumur 20 tahun, terima kasih kepada pengalaman," katanya
    pada majlis tersebut.

    Dilahirkan di Turin, Levi Montalcini mengenang semula bagaimana
    undang-undang anti-Yahudi pada 1930-an di bawah pemerintahan rejim
    Benito Mussolini Fascist memaksanya keluar daripada universiti dan
    membuat penyelidikan di makmal dalam bilik tidurnya di rumah.

    "Saya tidak takut saat-saat sukar itu, semua yang terbaik datang daripada mereka.
    "Saya patut berterima kasih kepada Mussolini kerana mengisytiharkan
    saya sebagai bangsa yang rendah. Ini mendorong saya kepada kerja yang
    menggembirakan, tetapi malangnya bukan di universiti tetapi di dalam
    bilik tidur," ujar saintis itu. - AP

      Current date/time is Sat 27 Apr 2024, 7:15 am