KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kebanyakan remaja di negara ini kini menghadapi krisis identiti yang menyebabkan golongan ini tidak tahu membuat sesuatu keputusan, kata tokoh akademik Profesor Diraja Ungku Aziz.
Beliau yang juga Yang Dipertua Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkata kajian perlu dilakukan untuk mengenal pasti masalah remaja kini memandangkan mereka merupakan generasi pelapis negara di masa depan.
"Remaja hari ini amat dipengaruhi oleh media," katanya dalam Debat Perdana yang memperkatakan tajuk "Keperibadian Unggul Belia: Malaysia Terbilang" di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini Ahad malam.
Debat itu yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut disertai Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir, Setiausaha Pemuda MIC S. Murugesan dan Timbalan Pengerusi DAP yang juga Anggota Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw.
Ia turut disiar lintas langsung ke Kem Bina Negara di Tanjung Rhu, Sepang di mana 98 pelajar cemerlang sedang berkursus sebagai persediaan melanjutkan pengajian ke Britain dan Australia.
Siri kali ini dipengerusikan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia Datuk Dr Nordin Kardi.
Merujuk kepada program realiti televisyen seperti Akademi Fantasia (AF) dan iklan-iklan TV, Ungku Aziz berpendapat iklan dan program realiti TV mempengaruhi remaja dalam membuat keputusan dan ini merupakan satu beban kepada remaja untuk menentukan mana yang baik dan tidak untuk diri mereka.
Beliau menyifatkan AF sebagai program yang mengkhayalkan.
Sebaliknya Sharifah Mazlina berpendapat konsep realiti TV yang menjadi arah aliran boleh digunakan sebagai program pendidikan untuk mendidik remaja.
Progam AF didebat secara hangat pada Ahad malam.
Tan bersetuju dengan pandangan Ungku Aziz bahawa remaja perlu dididik untuk berfikir terutama di universiti bagi membentuk personaliti mereka.
Beliau mencadangkan supaya sistem pengajian yang kini lebih mementingkan kelulusan akademik dikaji semula.
Namun Murugesan berkata kebolehan untuk berfikir dan membentuk personaliti remaja tidak boleh diletakkan kepada universiti semata-mata tetapi harus dipikul individu terbabit dan ibu bapa.
-- BERNAMA