Sate Ayam Plus Kuah Kacang Sempoi

    Share

    king_diamond
    superpower MV

    Posts : 767
    Points : 17153
    Location : palestine
    Signature : iman adalah aset...kalau kurang boleh tambah...kalau abis leh bankrap...hihi

    Sate Ayam Plus Kuah Kacang Sempoi

    Post by king_diamond on Wed 20 May 2009, 1:33 pm

    Bahan-Bahan:
    Untuk 140-150 cucuk sate

    * 2 kilo dada ayam
    * 1 kilo isi ayam dari seekor ayam tanpa dibuang lemak

    Bahan untuk memerap(disatukan dan dikisar)

    * 10 ulas bawang merah
    * 1 ulas bawang besar
    * 6 ulas bawang putih
    * 4 batang serai
    * 5 inci halia
    * 2 sudu makan jintan manis ditumbuk kasar
    * 1 sudu makan jintan putih ditumbuk kasar
    * 1 sudu biji ketumbar ditumbuk halus.

    Bahan perasa

    * 5 sudu makan serbuk kunyit
    * 2 sudu makan madu.
    * 500 grm gula pasir

    Cara:

    * Isi ayam dari bahagian dada dan seekor ayam dipotong kiub jangan dibuang lemaknya.
    * Satukan dengan bahan memerap dan masukkan bahan perasa. Gaulkan bahan ini sebati dan simpan didalam peti sejuk semalaman.
    * Cucuk isi ayam yang telah diperap semalaman dgn lidi sate.
    * Siap sedia untuk dibakar dan dihidangkan.


    KUAH KACANG

    Part Bumbu cili.(sambal cili)

    * 2 gengam cili kering
    * 6 ulas bawang merah
    * 4 ulas bawang putih
    * 2 batang serai
    * 1 cawan air
    * sedikit asam air asam jawa
    * minyak menumis

    Part Kuah Kacang

    * 1 kg kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga masak.ditumbuk halus
    * 8 ulas bawang merah.
    * 5 ulas bawang putih
    * 3 inchi halia
    * 2 batang serai
    * 1 sudu makan jintan manis dikisar halus
    * 1 sudu makan jintan putih dikisar halus
    * 1 sudu makan udang kering ditumbuk
    * 1 cawan santan cair
    * 1 cawan air asam jawa.
    * minyak menumis
    * garam dan gula

    Cara:

    Part bumbu cili.

    * Goreng kesemua bahan ini dgn sedikit minyak hingga kekuningan dan tuangkan air kedalam kuali..renihkan sehingga cili kembali kembang dan kisar bahan ini halus.
    * Pijarkan minyak goreng bumbu cili sehingga pecah minyak. warna cili akan keperangan. Masukkan air asam jawa. Setelah masak simpan bumbu cili semalaman. Cili akan bertukar menjadi merah keesokan harinya

    Part kuah kacang

    * Mesin bawang merah, bawang putih, halia, serai, jintan manis, jintan putih dan udang kering. Goreng bahan ini dgn minyak yang banyak selama 10 minit.
    * Masukkan 1/3 bumbu cili dan kacang tanah. Masak hingga kacang sebati. Tambahkan cili jika ingin pedas.
    * Masukkan santan dan air asam jawa. Dan perasakan dengan garam dan gula.

    Cadangan Hidangan:

    * Hidangkan kuah kacang ini dengan sate dan lebihan bumbu cili. Jika ingin pedas lagi campurkan bumbu cili.

    Tambahan:

    * Resepi ini diperolehi dari seorang peniaga sate yang terkenal di Kuala Lumpur.

      Current date/time is Fri 09 Dec 2016, 1:42 pm