Tofu Teloq Bersos Tiram (Lee Kum Kee jangan guna....)

    Share

    king_diamond
    superpower MV

    Posts : 767
    Points : 17138
    Location : palestine
    Signature : iman adalah aset...kalau kurang boleh tambah...kalau abis leh bankrap...hihi

    Tofu Teloq Bersos Tiram (Lee Kum Kee jangan guna....)

    Post by king_diamond on Wed 20 May 2009, 1:33 pm





    Bahan-bahan

    3 tiub tofu telur
    3 ulas bawang putih
    1 camca kecil serbuk lada putih/lada sulah
    1 1/2 sudu makan sos tiram (oyster sauce)
    1/2 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn 1/2 gelas air)
    Garam & gula secukup rasa

    Cara Memasak

    1. Tofu telur dipotong 4. Untuk memudahkan, potong 2 dahulu dengan tiub plastik pembungkusnya, keluarkan kemudian potong kepada 4 bahagian.

    2. Goreng dulu toufu. Sebaiknya menggunakan non-stick pan supaya tidak melekat. Toufu ni amat 'fragile jadi kena berhati-hati apabila potong.

    3. Angkat dan ketepikan.

    4. Panaskan sedikit minyak atas api yg sederhana, tumis bawang putih,masukkan lada putih. Kacau kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.

    5.Masukkan bancuhan tepung jagung tadi.

    6. Masukkan garam & gula secukup rasa, kemudian tuangkan tofu yg telah digoreng tadi. Tidak perlu dimasak lama kerana tofu tadi telah pun digoreng.


    Cadangan hidangan
    * Pada penggemar Chinese Food..mungkin ini kena dengan selera anda. Selamat mencuba....

      Current date/time is Tue 06 Dec 2016, 10:05 pm