renungan bagi wanita Islam
bila wanita menjaga auratnya dari pandangan
lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah
maruah wanita mukmin keseluruhannya
harga diri wanita terlalu mahal
ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar
dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari
kepala hingga ke kaki
kalau dibuat perbandingan dari segi harta
dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan
disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci
begitu juga diumpamakan
dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan
tubuh badan di khalayak umum
mereka masih boleh tampil di hadapan
masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak
p/s : undian terbuka kepada lelaki & wanita, jika pengundi adalah lelaki; ini bermakna itulah pilihan wanitanya. Jika pengundi adalah wanita; maka itulah tudung pilihan dirinya sendiri