Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    Ratu Moral Cantik Arab Saudi

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30068
    Location : Venice of Perak

    Ratu Moral Cantik Arab Saudi Empty Ratu Moral Cantik Arab Saudi

    Post by carnationmyra Fri 08 May 2009, 11:30 am

    RIYADH 7 Mei - Meskipun
    wajahnya berselindung di sebalik purdah hitam yang menutupi seluruh
    wajahnya, dan tiada siapa dapat memberitahu betapa cantiknya rupa
    parasnya, namun Sukaina Al-Zayer harus merasa bertuah kerana akan
    berpeluang untuk dipilih sebagai ratu cantik.



    Para hakim tidak mengendahkan mengenai bagaimana cantiknya rupa paras satu-satunya ratu cantik dari Arab Saudi ini nanti.


    Sebaliknya apa yang mereka lihat dan nilai ialah 'Ratu Moral Cantik'
    dalam pertandingan yang menilai peserta yang menunjukkan kasih sayang
    dan hormat paling tinggi kepada ibu bapa.



    "Idea dalam pertandingan ratu cantik ini adalah untuk mengukur
    komitmen para peserta terhadap moral Islamik... ia adalah alternatif
    kepada pertandingan ratu cantik lain yang hanya mengambil kira rupa dan
    bentuk tubuh wanita," kata pengasas pertandingan, Khadra Al-Mubarak.



    "Pemenang tidak semestinya cantik. Kecantikan yang kami utamakan adalah jiwa dan moral yang dimiliki seseorang," tambahnya.


    Selepas pertandingan itu dibuka Sabtu lalu, kira-kira 200 peserta
    akan menghabiskan masa 10 minggu berikutnya untuk mengikuti kelas dan
    kemudiannya diuji kuiz berasaskan tema 'meneroka kekuatan dalaman',
    'pembentukan pemimpin' dan 'syurga di bawah telapak kaki ibu', seperti
    yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW yang menitikberatkan sikap
    hormat kepada ibu bapa, yang juga antara perkara asas Islam.



    Para peserta dalam pertandingan berkenaan juga akan menghabiskan
    masa sehari bersama ibu mereka di rumah untuk dinilai oleh para hakim
    wanita mengenai cara interaksi antara mereka, kata Khadra.



    Pertandingan yang masuk tahun kedua ini mengalami peningkatan
    berbanding hanya 75 peserta yang mengambil bahagian pada tahun 2008. Ia
    dibuka untuk wanita berusia 15 hingga 25 tahun.



    Juara dan naib naib juara yang akan diumumkan pada Julai depan akan
    membawa pulang hadiah wang tunai AS$2,600 (RM9,360) dan AS$1,300
    (RM4,680) setiap seorang di samping hadiah-hadiah iringan lain.
    - AP




    Ratu Moral Cantik Arab Saudi Main_story_gradient_bottom

      Current date/time is Thu 28 Mar 2024, 6:41 pm