Bayi Perempuan Mati Dipercayai Dicampak Ke Tilam

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16708
    Location : Venice of Perak

    Bayi Perempuan Mati Dipercayai Dicampak Ke Tilam

    Post by carnationmyra on Tue 05 May 2009, 9:32 am

    PULAU PINANG, 9 Mac (Bernama) -- Seorang
    bayi perempuan berumur empat bulan mati setelah dipercayai dicampak ke
    atas tilam di rumahnya di Sungai Ara, petang semalam.



    Bayi itu, yang dikatakan tidak berhenti menangis, menimbulkan
    kemarahan bapanya, seorang tukang paip yang berusia 35 tahun disyaki
    mencampakkannya ke atas tilam.



    Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Mohd Zain ketika
    dihubungi di sini berkata melihat keadaan anaknya yang tidak sedarkan
    diri itu, lelaki terbabit bersama isterinya, yang berusia 30 tahun,
    membawa bayi itu ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan
    kira-kira pukul 4 petang semalam.




    "Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan bayi itu telah meninggal dunia," katanya.



    Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan doktor terdapat beberapa
    kesan lebam dan cedera di bahagian muka bayi itu, antaranya kesan lebam
    dipercayai akibat dicubit di kedua-dua belah pipi, kesan calar di
    telinga dan lebam di dahi.




    Sehubungan itu, katanya, polis menahan reman bapa bayi itu selama enam hari mulai hari ini untuk siasatan lanjut.




    Beliau berkata hasil ujian air kencing yang dijalankan polis, lelaki itu didapati positif dadah jenis heroin.




    -- BERNAMA


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16708
    Location : Venice of Perak

    Re: Bayi Perempuan Mati Dipercayai Dicampak Ke Tilam

    Post by carnationmyra on Tue 05 May 2009, 9:37 am

    bapak xberhati perut...!!!


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    polong
    chomot-chomeyl

    Posts : 124
    Points : 14325
    Signature : be good

    Re: Bayi Perempuan Mati Dipercayai Dicampak Ke Tilam

    Post by polong on Tue 05 May 2009, 12:09 pm

    kecik btul tulisan ni..

    jenuh aku tenung.. specky

    eyes143
    superpower MV

    Posts : 1175
    Points : 18493
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Re: Bayi Perempuan Mati Dipercayai Dicampak Ke Tilam

    Post by eyes143 on Wed 06 May 2009, 3:51 am

    bapak ape ni geramsgt


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    "kotak hati seseorang itu akan berisi kasih jitu.. seandainya antara kamu punya rasa rindu.."

    castle in da sky is mine

    Sponsored content

    Re: Bayi Perempuan Mati Dipercayai Dicampak Ke Tilam

    Post by Sponsored content Today at 5:37 pm


      Current date/time is Sat 03 Dec 2016, 5:37 pm