Janin Ditemui Mati Dalam Loji Kumbahan

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16723
    Location : Venice of Perak

    Janin Ditemui Mati Dalam Loji Kumbahan

    Post by carnationmyra on Tue 05 May 2009, 9:30 am

    KAJANG, 4 Mei (Bernama) -- Janin sebesar tapak tangan ditemui terapung
    di dalam loji kumbahan najis di Seksyen 4, Bandar Rinching di sini
    Isnin.


    Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Shakaruddin Che Mood berkata
    janin yang dipercayai lelaki itu ditemui pekerja loji berkenaan yang
    sedang membersihkan kawasan kumbahan berkenaan pada kira-kira pukul
    1.30 petang.


    "Janin berkenaan dipercayai dibuang di dalam loji kumbahan. Kami
    sedang siasat siapa yang bertanggungjawab membuang janin itu," katanya
    kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di sini Isnin.



    Beliau berkata janin itu dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat.


    Sementara itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun
    mendakwa dicabul teman lelaki ibunya sendiri di Desa Baiduri di sini.


    Mohd Shakarudin berkata kanak-kanak itu mengadu dirinya dicabul
    oleh lelaki terbabit ketika ibunya, seorang tukang cuci, keluar bekerja.


    Beliau berkata lelaki itu dikatakan sering mengunjungi rumah
    mangsa pada waktu pagi sebelum kanak-kanak itu ke sekolah pada sesi
    petang.


    Sehubungan itu, polis kini mencari seorang lelaki berusia 50 yang
    bekerja sebagai pengawal keselamatan bagi membantu siasatan, katanya.





    -- BERNAMA


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    eyes143
    superpower MV

    Posts : 1175
    Points : 18508
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Re: Janin Ditemui Mati Dalam Loji Kumbahan

    Post by eyes143 on Wed 06 May 2009, 3:52 am

    takde prasaan lgsg!! geramsgt


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    "kotak hati seseorang itu akan berisi kasih jitu.. seandainya antara kamu punya rasa rindu.."

    castle in da sky is mine

      Current date/time is Tue 06 Dec 2016, 10:02 pm