Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

4 posters

    5 destinasi romantik..

    eyes143
    eyes143
    superpower MV


    Posts : 1175
    Points : 31858
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    5 destinasi romantik.. Empty 5 destinasi romantik..

    Post by eyes143 Fri 17 Apr 2009, 5:56 pm

    Pulau Pangkor

    Resort bertaraf lima bintang ini terletak di sebuah pulau persendirian bersebelahan Pulau Pangkor. Menawarkan satu percutian eksklusif tanpa gangguan dari dunia luar. Tambah menarik, anda bersama pasangan boleh menghabiskan masa dengan memanjakan diri di ‘Spa Village’ yang tersedia di sini. Terdapat tujuh jenis penginapan yang boleh anda pilih iaitu Spa Villas, Sea Villas, Beach Villas, Hill Villas, Garden Villas, Suria and Purnama Suites, and Pavarotti Suites. Setiap bilik mempunyai keistimewaan tersendiri.



    5 destinasi romantik.. Mppb_111


    Pulau Perhentian

    Pulau ini merupakan pulau yang tercantik di Pantai Timur. Airnya jernih bagaikan kristal dan pasirnya pula putih bagaikan kapas. Tidak kira berapa bajet anda, pulau ini mempunyai penginapan yang pelbagai bagi memenuhi keperluan anda. Antaranya Bubu Long Beach, Panorama Chalet, Moonlight Chalet, Perhentian Island Resort dan Coral Island Resort.

    Berada di pulau ini bersama insan tersayang pasti meninggalkan memori indah. Siapa yang boleh melupakan saat-saat indah apabila si dia melafazkan kata-kata cinta ketika menyaksikan sang suria di kaki langit? Lokasi terbaik untuk melihat matahari terbenam ialah di Perhentian Kecil. Harga pakej ke pulau ini bermula daripada RM300, bergantung kepada jenis penginapan dan bilik yang diminta. Untuk pakej-pakej menarik anda boleh melayari Pulau Perhentian

    5 destinasi romantik.. Mppb_112


    Colmar Tropicale, Bukit Tinggi Pahang

    Tidak jauh dari Kuala Lumpur, resort ini sangat sesuai dijadikan destinasi romantik. Berkonsepkan sebuah perkampungan Perancis, resort ini dikelilingi oleh alam semulajadi yang menghijau. Bahkan, cuaca di sini juga dingin kerana ia berada 2,600 kaki dari paras laut.

    Sambil bersiar-siar, anda boleh merakam pelbagai memori indah di sekitar resort ini. Jika anda memilih untuk bermalam di sini, anda boleh mendapatkan bilik pada harga yang berpatutan. Lebih baik buat tempahan secara online kerana harga yang ditawarkan jauh lebih murah.

    Satu perkara yang mesti dilakukan setelah berada di sini ialah menjalani rawatan spa di Tatami Spa yang terletak di Perkampungan Jepun. Rawatan di sini berbeza dari tempat-tempat lain. Bagaimanapun, pakej rawatan di spa ini agak mahal iaitu di antara RM400 hingga RM990.

    5 destinasi romantik.. Mppb_113


    Avillion Port Dickson

    Bagi yang pernah bercuti di resort ini pasti anda bersetuju dengan pilihan ramai. Resort ini menawarkan penginapan yang cukup mengagumkan. Resort bertaraf antarabangsa ini terletak di persisiran pantai Port Dickson dan ia menawarkan penginapan jenis chalet. Setiap chalet adalah berbeza tetapi semuanya mempunyai pemandangan laut yang cukup indah. Sambil berehat bersama pasangan, anda boleh menikmati keindahan pantai yang memukau.

    5 destinasi romantik.. Mppb_114


    Cameron Highlands

    Cameron Highlands yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur merupakan destinasi percutian tanah tinggi yang cukup ideal untuk anda berehat sambil menjamu mata dengan pemandangan yang cukup indah! Terletak setinggi 1,524 meter di atas paras laut, percutian ke Cameron Highlands boleh menjadi cukup romantik jika anda bijak merancang.

    Sebaiknya pilihlah hotel atau resort yang menawarkan bilik penginapan yang mempunyai pemandangan indah. Selain itu, hotel yang mempunyai pelbagai kemudahan juga memainkan peranan. Pengunjung mencadangkan anda menginap di The Smokehouse Hotel & Restaurant. Hotel ala Inggeris ini mempunyai lanskap yang cantik. Sambil menikmati hidangan minum petang, anda boleh menghirup udara yang cukup segar. Teh dan skon di sini juga lazat.

    5 destinasi romantik.. Mppb_115
    Qeena
    Qeena
    MODfire


    Posts : 79
    Points : 27651
    Location : Kuala Lumpur
    Signature : ~~ Tetapkan hati aku..hanya untuk dia...~~

    5 destinasi romantik.. Empty Re: 5 destinasi romantik..

    Post by Qeena Wed 22 Apr 2009, 9:37 pm

    tambah satu lagi....
    pulau tioman...
    jom jalan jalan .... love
    eyes143
    eyes143
    superpower MV


    Posts : 1175
    Points : 31858
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    5 destinasi romantik.. Empty Re: 5 destinasi romantik..

    Post by eyes143 Wed 22 Apr 2009, 10:35 pm

    Qeena wrote:tambah satu lagi....
    pulau tioman...
    jom jalan jalan .... love

    hihi..
    penah p ek kak ina blushing
    maya
    maya
    budakchomot


    Posts : 10
    Points : 27313
    Signature : it me

    5 destinasi romantik.. Empty Re: 5 destinasi romantik..

    Post by maya Wed 22 Apr 2009, 11:27 pm

    ahaks...kali nie nak g luar la...

    g seberang... nak tinggal semue org sinie...4 ari je...

    pastu terpakse la ingat balik diorg nie...huhuhu

    moh3 g bandung
    eyes143
    eyes143
    superpower MV


    Posts : 1175
    Points : 31858
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    5 destinasi romantik.. Empty Re: 5 destinasi romantik..

    Post by eyes143 Wed 22 Apr 2009, 11:40 pm

    maya wrote:ahaks...kali nie nak g luar la...

    g seberang... nak tinggal semue org sinie...4 ari je...

    pastu terpakse la ingat balik diorg nie...huhuhu

    moh3 g bandung

    jgn lupa oleh2 tau blushing
    puteri23
    puteri23
    MODfire


    Posts : 884
    Points : 30969
    Location : ^^::LovE StoRy::^^
    Signature : "hidup nie cuma sekali..sooo kite enjoy!! hehee"

    5 destinasi romantik.. Empty Re: 5 destinasi romantik..

    Post by puteri23 Sat 23 May 2009, 4:06 pm

    bestnyerrrr..
    nk honeymon gak
    gelakkecik

    Sponsored content


    5 destinasi romantik.. Empty Re: 5 destinasi romantik..

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri 29 Mar 2024, 8:37 am