Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

5 posters

    Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30068
    Location : Venice of Perak

    Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua Empty Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua

    Post by carnationmyra Fri 17 Apr 2009, 2:11 am

    WASHINGTON: Mengurang pengambilan makanan membolehkan berat badan berkurangan tetapi pada masa sama ia menjadikan wajah kelihatan lebih tua, kata saintis.

    Penyelidikan mendapati kehilangan berat cuma sebanyak 4.5 kilogram, boleh menampakkan seseorang wanita empat tahun lebih tua daripada usia sebenar. Sebaliknya, memiliki pipi tembam dan wajah lembut mengekalkan keremajaan.

    Penyelidik Amerika Syarikat membuat kaitan antara berat dan umur selepas mengkaji indeks jisim tubuh (BMI) 200 pasangan kembar perempuan seiras selama dua tahun.

    Ketua saintis, Dr Bahaman Guyuron, berkata: “Kajian mendapati wanita berusia 40 tahun ke atas dengan penampilan dua dan empat tahun lebih muda daripada usia sebenar memiliki BMI empat mata lebih tinggi.”

    Dalam sesetengah kes, ia bermakna perbezaan pada berat cuma 4.5 kilogram menambah empat tahun pada penampilan seseorang wanita, menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Plastic and Reconstructive Journal.

    Perceraian turut memberi kesan pada penampilan, ketika wanita berkahwin atau solo didapati kelihatan lebih muda berbanding mereka yang bercerai.

    “Kembar yang bercerai kelihatan 1.7 tahun lebih tua daripada pasangannya yang tidak bercerai,” kata Dr Guyuron dari Universiti Case Western Reserve di Cleveland, Ohio.

    Mengalami kemurungan, merokok, pengambilan minuman keras dan berjemur, turut mencacatkan penampilan muda seseorang, kata kajian.

    Dr Guyuron kini mengendalikan kajian ke atas pasangan kembar lelaki untuk melihat sama ada ia mempunyai kesan sama.

    Setiausaha Persatuan Pakar Bedah Plastik Britain, Rajiv Grover, memberitahu akhbar Daily Mail: “Bukan kedutan dan garisan halus membuatkan orang kelihatan tua, ia adalah perubahan pada bentuk wajah.”

    Grover, yang juga perunding pakar bedah plastik di Hospital King Edward VII di London, berkata ketika ramai orang mula kehilangan keanjalan pipi pada usia 38 tahun, pengamal diet ekstrim mempunyai paling banyak alasan untuk berasa bimbang mengenainya.

    “Mereka yang cuba untuk kekal kurus hilang berat pada wajah mereka lebih cepat dari sepatutnya dan ia jelas menunjukkan penuaan.

    “Lebih banyak lemak yang disimpan pada wajah, terutama pada pipi, anda semakin mengekalkan keremajaan,” katanya. - Agensi
    eyes143
    eyes143
    superpower MV


    Posts : 1175
    Points : 31853
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua Empty Re: Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua

    Post by eyes143 Fri 17 Apr 2009, 2:14 am

    pipi kena tembam ckit ke ni..?
    baru kekal remaja..?
    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30068
    Location : Venice of Perak

    Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua Empty Re: Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua

    Post by carnationmyra Fri 17 Apr 2009, 2:18 am

    tembam pp je la.....hi hi hi....
    pereroRoche
    pereroRoche
    budakchomot


    Posts : 19
    Points : 27386
    Location : bumi..

    Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua Empty Re: Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua

    Post by pereroRoche Fri 17 Apr 2009, 11:25 am

    tembam pipi takpe.. whatever
    Qeena
    Qeena
    MODfire


    Posts : 79
    Points : 27646
    Location : Kuala Lumpur
    Signature : ~~ Tetapkan hati aku..hanya untuk dia...~~

    Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua Empty Re: Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua

    Post by Qeena Wed 22 Apr 2009, 11:17 pm

    pereroRoche wrote:tembam pipi takpe.. whatever

    pp tak pe...
    apa yang tak boleh tembab?

    specky
    Cherry
    Cherry
    budakchomot


    Posts : 48
    Points : 27512
    Signature : ....black cherry~

    Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua Empty Re: Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua

    Post by Cherry Thu 23 Apr 2009, 5:04 pm

    hihihihi...yg xbole tembam???

    sume bole.......hihihihi...

    Sponsored content


    Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua Empty Re: Wajah Pengamal Diet Kelihatan Lebih Tua

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Thu 28 Mar 2024, 11:09 pm