Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

3 posters

    Belasah pelajar lembam

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30073
    Location : Venice of Perak

    Belasah pelajar lembam Empty Belasah pelajar lembam

    Post by carnationmyra Sat 25 Apr 2009, 3:46 pm

    KUALA LUMPUR: Cukup kejam apabila sekumpulan lima pelajar lelaki tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di sini, sanggup membuli dan membelasah seorang pelajar perempuan yang dikategorikan orang kurang upaya (OKU) sehingga lebam teruk di seluruh badan, Khamis lalu.

    Dalam kejadian jam 10 pagi di dalam kawasan sekolah di pinggir bandar raya ini, mangsa dikenali sebagai Nurul Syakinah Mohd Khir, 15, yang juga pelajar lembam, dibelasah kelima-lima pelajar terbabit tanpa diketahui puncanya.

    Disebabkan itu, mangsa kini trauma dan takut meneruskan persekolahan kerana bimbang kejadian sama berulang.

    Lebih dikesalkan apabila pihak pengurusan sekolah tidak mengambil tindakan sewajarnya kepada kumpulan pelajar itu selain mengarahkan bapa mangsa, Mohd Khir Mhd Rasul, 53, menukarkan anaknya ke sekolah pendidikan khas.

    Difahamkan, ibu mangsa, Norafiza Ruslan, 46, mendakwa pernah membuat laporan kepada pihak pengurusan sekolah mengenai kejadian anaknya dibuli kumpulan sama, namun tidak diendahkan selain menafikan kejadian itu.

    Menurut Nurul Syakinah, dia dipukul kumpulan pelajar itu ketika waktu rehat selepas mereka membulinya dengan mengejek dan menghina kecacatannya.

    “Pada mulanya, saya masih tidak mengendahkannya, namun mereka bertindak lebih agresif dengan memukul saya. Mereka menampar, menendang dan memijak badan saya selepas terjatuh secara beramai-ramai.

    “Saya takut untuk ke sekolah,” katanya.

    Mohd Khir berkata, anaknya seorang yang lembam dan ini tidak memungkin menimbulkan masalah kepada orang lain,” katanya.

    Katanya, dia kesal dengan tindakan pihak pengurusan sekolah yang tidak mengambil tindakan sewajarnya kepada pelajar terbabit sebaliknya mengarahkan dia menukarkan anaknya itu ke sekolah lain.

    Sehubungan itu, ahli keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.
    Qeena
    Qeena
    MODfire


    Posts : 79
    Points : 27651
    Location : Kuala Lumpur
    Signature : ~~ Tetapkan hati aku..hanya untuk dia...~~

    Belasah pelajar lembam Empty Re: Belasah pelajar lembam

    Post by Qeena Sat 25 Apr 2009, 6:07 pm

    rasanya mungkin pihak sekolah ni ada sbab abaikan student nie..
    ataupun sebaliknya...atau jugak cikgu kat situ semua dah tak de akal nak pkir..
    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30073
    Location : Venice of Perak

    Belasah pelajar lembam Empty Re: Belasah pelajar lembam

    Post by carnationmyra Sat 25 Apr 2009, 9:17 pm

    ap masalah dak2 nih belasah dak cacat nih......huuu~

    kene dgr sendri dr pihak skola gak ni.....
    eyes143
    eyes143
    superpower MV


    Posts : 1175
    Points : 31858
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Belasah pelajar lembam Empty Re: Belasah pelajar lembam

    Post by eyes143 Sat 25 Apr 2009, 9:45 pm

    carnationmyra wrote:ap masalah dak2 nih belasah dak cacat nih......huuu~

    kene dgr sendri dr pihak skola gak ni.....

    bdk skola skrg ni mne kisah cacat ke tak..
    yg pntg nk tunjuk keotaian dorg je geram

    Sponsored content


    Belasah pelajar lembam Empty Re: Belasah pelajar lembam

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri 29 Mar 2024, 12:54 pm