SIK – Selepas hampir empat bulan meninggalkan alam persekolahan
kerana terpedaya dengan pujukan teman lelaki yang dikenali hanya
seminggu sebelum dilarikan ke Myanmar baru-baru ini, Tan Hui Ming, 14,
kembali menyambung pelajarannya semalam.
Dia tetap memilih sekolah lamanya, Sekolah Menengah Kebangsaan
Gulau (SMKG), Belantek yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari
rumahnya di Kampung Chong di sini untuk meneruskan pembelajarannya.
Anak kedua dari empat beradik itu datang ke sekolah berkenaan pada
pukul 11.30 pagi untuk mendaftar diri bagi sesi petang dengan ditemani
ibunya, Erik a/p Ai Bun, 38, dan bapanya, Tan Beng Seong, 39.
Hui Ming yang lengkap berpakaian seragam sekolah, berbaju kurung
putih dan berkain biru kelihatan ceria sebaik sahaja keluar dari bilik
pengetua sekolah itu, Abd. Razak Mat Noh apabila dimaklumkan
permohonannya diterima untuk belajar di sekolah berkenaan.
Dia kemudiannya ditempatkan di kelas Tingkatan 1 Bijak dan sejurus
memasuki kelas itu, dia terus dikerumuni oleh pelajar-pelajar lain yang
sebahagiannya telah dikenali kerana Hui Ming pernah belajar bersama
mereka di kelas peralihan pada tahun lepas.