Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

2 posters

    Aksesori Exora lesap di kilang

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30178
    Location : Venice of Perak

    Aksesori Exora lesap di kilang Empty Aksesori Exora lesap di kilang

    Post by carnationmyra Tue 21 Apr 2009, 3:07 pm

    SHAH ALAM – Belum pun kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama negara
    Proton Exora berada di atas jalan raya, sudah berlaku kecurian
    membabitkan alat ganti baru kenderaan tersebut sekitar bulan lepas.



    Semalam, seorang jurukawal kualiti kilang IQM Sdn. Bhd., Yusri Abdul
    Rasit, 38, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan
    mencuri dua unit tombol gear auto dan empat unit tombol gear manual
    Proton Exora.



    Harga seunit Exora adalah dari RM69,998 bagi varian M-Line manakala bagi Hi-Line pula adalah RM75,998.


    Selain itu, Yusri juga mengaku mencuri tiga lagi unit tombol gear manual Proton Pesona dan lima unit tombol gear manual Gen2.


    Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di kilang tempat dia bekerja di Jalan Bursa 23/4, Seksyen 23 pada Mac lalu.


    Jika sabit kesalahan, Yusri boleh dihukum mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan iaitu penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
    ratusanRM
    ratusanRM
    chomeyl suda!


    Posts : 516
    Points : 29129
    Signature : Selamat tinggal chart...

    Aksesori Exora lesap di kilang Empty Re: Aksesori Exora lesap di kilang

    Post by ratusanRM Tue 21 Apr 2009, 4:18 pm

    tak berbaloi langsung.... curik la enjin ke... kereta ke.... blushing blushing

      Current date/time is Fri 19 Apr 2024, 9:50 pm