Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    Pelajar Nigeria Terlepas Dari Tali Gantung

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30068
    Location : Venice of Perak

    Pelajar Nigeria Terlepas Dari Tali Gantung Empty Pelajar Nigeria Terlepas Dari Tali Gantung

    Post by carnationmyra Tue 21 Apr 2009, 2:40 pm

    KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Seorang pelajar Nigeria terlepas
    dari tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan
    membebaskannya dari tuduhan mengedar dadah.


    Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu
    selepas Timbalan Pendakwa Raya, Yaacub Chik mengemukakan permohonan
    untuk menarik balik pertuduhan tersebut.


    Vincent Danson Nduati, 26, sebelum ini didakwa mengedar dadah
    seberat 626.6 gram (450.8 gram heroin dan 175.8 gram
    monoacetylmorhines) di kaki lima hadapan sebuah premis di Plaza Metro
    Prima, Kepong, di sini pada 22 Ogos tahun lepas, pukul 4.30 pagi.


    Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta
    Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta
    yang sama yang membawa hukuman gantung sampai mati.


    Bagaimanapun Yaacub memberitahu Vincent akan dipanggil semula ke
    mahkamah untuk memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan ke atas kes
    yang sama (mengedar dadah) yang melibatkan rakannya Armah Candelario,
    31, dari Filipina.



    Armah mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan itu di tempat yang sama sepertimana pertuduhan ke atas Vincent.



    Vincent dan Armah diwakili peguam Karpal Singh.



    Perbicaraan terhadap Armah ditetapkan lima hari bermula 22 Jun ini di hadapan Mohamad Zabidin.



    -- BERNAMA










      Current date/time is Fri 29 Mar 2024, 12:04 am