India lancar satelit perisikan ke orbit

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16723
    Location : Venice of Perak

    India lancar satelit perisikan ke orbit

    Post by carnationmyra on Tue 21 Apr 2009, 2:30 pm


    BANGALORE 20 April - India melancarkan sebuah satelit risikan buatan
    Israel ke orbit hari ini, bertujuan meningkatkan kemampuan pengawasan
    pertahanannya berikutan daripada serangan militan Mumbai.

    Satelit itu yang boleh menerobos awan dan melaksanakan pengimejan
    siang dan malam dalam semua cuaca, telah lama dikehendaki tentera India.

    Pemerolehannya dipercepatkan selepas serangan di Mumbai pada 26
    hingga 29 November lalu oleh sekumpulan 10 lelaki bersenjata yang
    mengorbankan 165 nyawa.

    Satelit RISAT 2 seberat 300 kilogram itu dilancar menggunakan
    kenderaan Pelancar Satelit Polar dari tapak pelancaran Sriharikota,
    kira-kira 90 kilometer dari selatan bandar Chennai.

    ‘‘Ia telah berjaya ditempatkan di orbit 20 minit selepas pelancaran
    pagi ini,’’ kata G. Padmanabhan, seorang saintis dari Organisasi
    Penyelidikan Angkasa Lepas India kepada AFP melalui telefon.

    Menurut India, penyerang serangan Mumbai tersebut datang menaiki bot dari bandar pelabuhan Karachi, Pakistan.
    Satelit India sedia ada sekarang tidak boleh beroperasi pada waktu malam dan semasa musim hujan.
    RISAT 2 juga menyediakan New Delhi dengan kemampuan mengesan peluru berpandu balistik yang memasuki negara itu.
    Selama berdekad-dekad, India tidak melayan Israel tetapi sejak
    tahun-tahun kebelakangan ini telah menjalin hubungan ketenteraan dengan
    Tel Aviv, menggantikan Perancis pada 2007 sebagai pembekal senjata
    terbesar selepas Rusia. – AFP


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

      Current date/time is Tue 06 Dec 2016, 10:03 pm