BLACKBURN - Peserta program realiti televisyen, Britain's Got Talent, Susan Boyle mengubah imejnya apabila dia memakai kasut bertumit tinggi dan wajahnya mula disolek, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini, dia berikrar tidak akan mengubah penampilannya yang tidak bergaya dengan mengikuti arus perkembangan fesyen pakaian terkini walaupun sudah popular.
Namun, imej barunya itu mencetuskan kebimbangan di belakang tabir program realiti tersebut.
Beberapa sumber program televisyen itu berkata, mereka mahu mengekalkan wajahnya yang unik sehingga dia memasuki peringkat akhir.
Dalam program realiti Britain's Got Talent, Susan tampil dengan imej seorang wanita biasa tanpa memakai alat solek dan rambutnya tidak didandan.
Kebanyakan pihak menyatakan penampilan dan suaranya yang merdu itu menyebabkan dia menjadi terkenal di peringkat antarabangsa.
Populariti Susan itu menyebabkan sebuah syarikat perfileman lucah mahu merakamkan adegan dia menjalin hubungan seks buat pertama kali.
Walaupun wanita itu sudah berumur 47 tahun, dia berjaya mengekalkan daranya. - Agensi