NEW YORK 19 April - Penyanyi popular, Madonna terjatuh dari kuda tunggangan di Hamptons, semalam menyebabkannya mengalami cedera ringan dan lebam apabila kuda yang dinaikinya terkejut dengan tindakan jurugambar.
''Paparazzi yang melompat keluar dari belukar telah mengambil gambarnya," kata jurucakap Liz Rosenberg.
Ini adalah kali kedua Madonna jatuh dari kuda dalam tempoh empat tahun.
''Penyanyi berumur 50 tahun itu dirawat di Hospital Southampton dan telah dibenarkan keluar," menurut Rosenberg yang enggan mengulas lanjut. Madonna yang terkenal dengan lagu pop klasiknya seperti Like a Virgin dan Material Girl melawat temannya di Hamptons iaitu tempat permainan golongan kaya dan terkenal di timur Long Island. Sebelum ini, Madonna pernah jatuh dari kuda pada musim panas 2005
yang menyebabkannya mengalami retak tiga tulang rusuk, patah tulang selangka dan tangan.
Dia kemudiannya kembali menunggang kuda beberapa bulan selepas itu apabila menjadi tetamu Late Show bersama David Letterman dalam CBS. Dia dengan pengacara rancangan terbabit telah menunggang kuda di luar studio Manhattan. - AP