*INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Share

    eyes143
    superpower MV

    Posts : 1175
    Points : 18493
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by eyes143 on Tue 21 Apr 2009, 12:22 pm




    Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.

    Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:

    1. Dari Ibnu Umar ra katanya: Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu..(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).

    2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)..(Hadis bil. 1685 : Sahih
    Bukhari)

    Jelas Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz : inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah.. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari...

    Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya..

    wallahuaalam

    * Dato Abu Hasan Din Al-Hafiz bekas Pegawai Agama Islam
    di Istana Negara, Kuala Lumpur


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    "kotak hati seseorang itu akan berisi kasih jitu.. seandainya antara kamu punya rasa rindu.."

    castle in da sky is mine

    ratusanRM
    chomeyl suda!

    Posts : 516
    Points : 15659
    Signature : Selamat tinggal chart...

    Re: *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by ratusanRM on Tue 21 Apr 2009, 4:17 pm

    ni semua budaya keling geramsgt

    Kehidupan
    kanak2 terpilih

    Posts : 1082
    Points : 18062
    Location : Saint Petersburg
    Signature : "Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?"

    Re: *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by Kehidupan on Tue 21 Apr 2009, 5:06 pm

    ratusanRM wrote:ni semua budaya keling geramsgt

    budaya keling........... big eyes big eyes big eyes big eyes

    melayu sudah kena kelentong........... big eyes big eyes big eyes big eyes

    Gila Komik
    chomeyl suda!

    Posts : 421
    Points : 15631
    Signature : Future Made Of Virtual Insanity

    Re: *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by Gila Komik on Wed 22 Apr 2009, 7:26 am

    aku cukup geli tgk tatu inai ni...

    eyes143
    superpower MV

    Posts : 1175
    Points : 18493
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Re: *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by eyes143 on Wed 22 Apr 2009, 2:27 pm

    Gila Komik wrote:aku cukup geli tgk tatu inai ni...

    itulah..
    ape yg cntik sgt pun aku tatau huh~


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    "kotak hati seseorang itu akan berisi kasih jitu.. seandainya antara kamu punya rasa rindu.."

    castle in da sky is mine

    Gila Komik
    chomeyl suda!

    Posts : 421
    Points : 15631
    Signature : Future Made Of Virtual Insanity

    Re: *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by Gila Komik on Wed 22 Apr 2009, 3:25 pm

    eyes143 wrote:
    Gila Komik wrote:aku cukup geli tgk tatu inai ni...

    itulah..
    ape yg cntik sgt pun aku tatau huh~

    smiley awak tu tp dalam bntuk original lagi lawa sye rasa wateva

    eyes143
    superpower MV

    Posts : 1175
    Points : 18493
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Re: *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by eyes143 on Wed 22 Apr 2009, 3:34 pm

    Gila Komik wrote:
    eyes143 wrote:
    Gila Komik wrote:aku cukup geli tgk tatu inai ni...

    itulah..
    ape yg cntik sgt pun aku tatau huh~

    smiley awak tu tp dalam bntuk original lagi lawa sye rasa wateva

    erkkk...
    tak brape nk phm confuse


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    "kotak hati seseorang itu akan berisi kasih jitu.. seandainya antara kamu punya rasa rindu.."

    castle in da sky is mine

    Gila Komik
    chomeyl suda!

    Posts : 421
    Points : 15631
    Signature : Future Made Of Virtual Insanity

    Re: *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by Gila Komik on Wed 22 Apr 2009, 5:05 pm

    eyes143 wrote:
    Gila Komik wrote:
    eyes143 wrote:
    Gila Komik wrote:aku cukup geli tgk tatu inai ni...

    itulah..
    ape yg cntik sgt pun aku tatau huh~

    smiley awak tu tp dalam bntuk original lagi lawa sye rasa wateva



    erkkk...
    tak brape nk phm confuse

    smiley tu bkn bentuk taik ke gelakkecik

    DR_BISNES
    budakchomot

    Posts : 2
    Points : 13920
    Signature : ^^Praise To Allah^^

    Re: *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by DR_BISNES on Wed 22 Apr 2009, 10:12 pm

    assalamualaikum semua.... sebelum korang sume keluarkan hukum... elok kaji dulu ye... tanye alim ulama yg bnyak ilmu... jgn main sebat je cakap inai tu haram.... yg haram tu tatu.... sebab dia bersifat kekal.... cube kaji balik ye hukum pakai inai nie....

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16708
    Location : Venice of Perak

    Re: *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by carnationmyra on Wed 22 Apr 2009, 10:25 pm

    DR_BISNES wrote:assalamualaikum semua.... sebelum korang sume keluarkan hukum... elok kaji dulu ye... tanye alim ulama yg bnyak ilmu... jgn main sebat je cakap inai tu haram.... yg haram tu tatu.... sebab dia bersifat kekal.... cube kaji balik ye hukum pakai inai nie....

    wslam...tp ap yg dinyatakan kat sini....bukan inai tu haram....tp ukiran inai tu sendiri yg menyerupai tatu yg xbole bro.....

    sama gak mcm org anggap air teh o tu cam arak....trus jatuh hukum haram kat air tu walaupon sebenarnya air tu halal......


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    eyes143
    superpower MV

    Posts : 1175
    Points : 18493
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Re: *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by eyes143 on Wed 22 Apr 2009, 10:33 pm

    CarnationMyra wrote:
    DR_BISNES wrote:assalamualaikum semua.... sebelum korang sume keluarkan hukum... elok kaji dulu ye... tanye alim ulama yg bnyak ilmu... jgn main sebat je cakap inai tu haram.... yg haram tu tatu.... sebab dia bersifat kekal.... cube kaji balik ye hukum pakai inai nie....

    wslam...tp ap yg dinyatakan kat sini....bukan inai tu haram....tp ukiran inai tu sendiri yg menyerupai tatu yg xbole bro.....

    sama gak mcm org anggap air teh o tu cam arak....trus jatuh hukum haram kat air tu walaupon sebenarnya air tu halal......

    a'a.. kita persoalkan mengenai inai yg menyerupai tatu..
    bkn kata inai tu haram..
    hrp bro lebih teliti ye..


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    "kotak hati seseorang itu akan berisi kasih jitu.. seandainya antara kamu punya rasa rindu.."

    castle in da sky is mine

    DR_BISNES
    budakchomot

    Posts : 2
    Points : 13920
    Signature : ^^Praise To Allah^^

    Re: *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by DR_BISNES on Wed 22 Apr 2009, 10:43 pm

    Memang btul wahai saudara ku... tp masalah eh subjectnye dh konfiusing... "Inai Berukir di Tangan dilaknat Allah"..... sy mencadangkan agar pihak moderator kaji balik btul ke inai kalo berukir tu haram atau tidak... cuba cari nas2 yg lebih kuat dan jelas....sebab hadis2 yg moderator keluarkan kat atas tu berkatian dengan tatu... bukan inai... illah atau sebab tatu ni haram kan sebab ia bersifat kekal.... kalo inai tu tak bersifat kekal kan? Saya tade lah banyak ilmu sangat tapi sy cadangkan cube selidik balik ngn lebih teliti... nnti kita boleh bincang sesama... sori ye!!! tade niat untuk menyakiti hati sesape...


    Kehidupan
    kanak2 terpilih

    Posts : 1082
    Points : 18062
    Location : Saint Petersburg
    Signature : "Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?"

    Re: *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by Kehidupan on Wed 22 Apr 2009, 11:10 pm

    DR_BISNES wrote:Memang btul wahai saudara ku... tp masalah eh subjectnye dh konfiusing... "Inai Berukir di Tangan dilaknat Allah"..... sy mencadangkan agar pihak moderator kaji balik btul ke inai kalo berukir tu haram atau tidak... cuba cari nas2 yg lebih kuat dan jelas....sebab hadis2 yg moderator keluarkan kat atas tu berkatian dengan tatu... bukan inai... illah atau sebab tatu ni haram kan sebab ia bersifat kekal.... kalo inai tu tak bersifat kekal kan? Saya tade lah banyak ilmu sangat tapi sy cadangkan cube selidik balik ngn lebih teliti... nnti kita boleh bincang sesama... sori ye!!! tade niat untuk menyakiti hati sesape...

    Dari segi bahasa inai bermaksud bahan
    yang digunakan untuk memerahkan kuku atau jari. Dalam bahasa Arab inai
    dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Berikut adalah hukum pemakaian henna,
    bagi kaum Adam dan Hawa, berdasarkan mazhab-mazhab dan hadis-hadis
    tertentu.

    Mazhab
    Hambali menyatakan bahawa kaum lelaki mahupun perempuan dibolehkan atau
    diharuskan untuk mewarnakan mana-mana bahagian anggota badan mereka
    dengan henna kecuali di bahagian kepala.

    Manakala
    mazhab Syafie pula berpendapat bahawa kaum lelaki diharuskan memakai
    henna pada mana-mana bahagian tubuh badan kecuali tangan dan kakinya.
    Walau bagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan
    atau darurat. Bagi kaum perempuan yang berada di dalam iddah kerana
    kematian suaminya pula dilarang memakai inai.

    Imam
    An-Nawawi Rh dalam fatwa Al-Majmu' berkata lelaki diharamkan memakai
    inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Manakala wanita
    yang telah bersuami, diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

    Berdasarkan
    mazhab Hanafi dan Maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas
    mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

    Ini
    diriwayatkan daripada Khawlah Bint Hakim daripada ibunya, bahawa
    Rasulullah S.A.W memberitahu kepada Umm Salamah, "Jangan memakai
    sebarang wangian ketika kamu berada di dalam ihram. Juga pada henna
    kerana ia juga adalah wangian." (Diriwayatkan oleh At-Tabarani dalam
    Al-Kabir, Al-Baihaqi dalam Al-Ma'rifah, dan Ibn Abdil Barr di dalam
    At-Tamheed)

    Diriwayatkan
    dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir
    bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda
    melihat tangan itu seraya baginda bersabda: "Aku tidak tahu sama ada
    ini tangan lelaki atau perempuan." Perempuan itu menjawab: "Aku adalah
    seorang wanita." Baginda bersabda: "Sekiranya kamu seorang perempuan,
    berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu." (Hadith Riwayat Abu
    Dawud)

    Abu Hurairah r.a
    meriwayatkan bahawa seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan
    tangannya dengan henna (inai) dibawa ke hadapan Rasulullah. Dikatakan
    kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai
    wanita." Lalu lelaki itu dihalau dari al-baqi' (sebagai hukuman,
    dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai).
    Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.A.W: "Kenapa dia tidak
    dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka
    yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh ABu Dawud, Sahih Al-Jaami',
    2502)

    Tiga hadith di dalam
    hal ini, wanita diharuskan memakai inai pada tangan dan kaki mereka
    TETAPI berwaspada sekiranya tujuan pemakaiannya adalah untuk seperti
    memakai wangian dengan tujuan tabarruj, maka ia adalah haram.

    Hadith
    yang kedua dan ketiga, bahawa galakan Rasulullah S.A.W menyuruh kaum
    wanita untuk memakai inai pada tangan adalah untuk berbeza antara
    lelaki dan perempuan. Di sini datang pula hadith S.A.W bahawa Allah
    melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai
    lelaki.

    Sponsored content

    Re: *INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH*

    Post by Sponsored content Today at 5:36 pm


      Current date/time is Sat 03 Dec 2016, 5:36 pm