6 kesilapan pasangan berkahwin

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16733
    Location : Venice of Perak

    6 kesilapan pasangan berkahwin

    Post by carnationmyra on Mon 20 Apr 2009, 9:46 pm

    IKATAN perkahwinan merupakan kemuncak perhubungan bagi sepasang
    kekasih. Namun, melayari bahtera rumah tangga banyak cabaran dan cubaan
    terutama ketika proses mencari kesesuaian bagi dua individu berbeza
    untuk hidup di bawah satu bumbung yang sama.



    Justeru tidak hairanlah apabila pasangan baru berumah tangga
    cenderung melakukan kesilapan yang kadang kala boleh merosakkan
    kemanisan hidup bersama.



    Berikut beberapa kesilapan yang kerap dilakukan oleh pasangan baru berkahwin.



    Kesilapan 1: Tidak menguruskan hutang


    Memang bunyinya tidak romantik, tetapi hakikat ini tidak boleh
    ditolak. Banyak perkara membabitkan kewangan perlu ditangani pada tahun
    pertama perkahwinan terutama jika berhajat untuk membeli rumah dalam
    tempoh beberapa tahun lagi. Wang antara yang kerap menjadi punca
    pergaduhan dalam rumah tangga (sehingga membawa perceraian). Jadi
    mengurus kewangan dengan cara bijak adalah antara perkara utama.



    Apa yang perlu dilakukan: Berterus-terang antara satu sama lain
    mengenai hutang-hutang peribadi yang ada, kerana baik atau buruk anda
    sudah berkahwin. Langkah bijak jika anda mula membentuk pelan kewangan
    keluarga untuk masa depan.




    Kesilapan 2: Menyingkirkan kawan.



    Kawan adalah asas kepada kejayaan kepada sebuah perkahwinan, jadi anda masih memerlukan mereka.


    Apa yang perlu dilakukan:


    Jelaskan pada kawan-kawan anda bahawa mereka juga penting dalam
    hidup anda. Undang mereka ke rumah atau sesekali keluar bersama mereka
    (tanpa pasangan anda) dan jadikan ia satu kelaziman walaupun jadual
    harian anda ketat.




    Kesilapan 3: Tiada kepuasan seks.


    Seks juga amat penting dalam mewujudkan sebuah perkahwinan yang
    bahagia. Bagaimanapun melalui kajian lebih 60 peratus pasangan yang
    baru kahwin sudah menghadapi masalah ini.



    Apa yang perlu dilakukan:


    Berusaha mencetuskan keghairahan walaupun ada berasa tidak berminat.
    Jadikan seks satu kelaziman dan lebih kerap melakukannya anda mungkin
    akan lebih menyukainya.



    Berbincang tentang perkara ini dengan pasangan anda. Hadapi isu ini
    sekarang dan berasa selesa bercakap mengenainya dengan suami atau
    isteri. Jangan memandang remeh tentang soal keintiman.



    Kesilapan 4: Tidak lagi menjaga soal penampilan diri kerana sudah selesa.


    Ini termasuk membiarkan berat badan terus meningkat. Pasangan baru
    kahwin cenderung untuk naik berat badan bermula dari tempoh bulan madu
    lagi dan tidak berusaha untuk memberi perhatian terhadapnya. Bagi
    mereka, mengapa perlu risau kerana sudah menemui pasangan hidup.



    Apa perlu dilakukan


    Buat rancangan bersama-sama pasangan anda untuk kembali cergas. Saling memberi motivasi, memuji dan bukan mengkritik



    Kesilapan 5: Bergaduh secara tidak adil


    Apabila sudah berkahwin tidak bermakna anda boleh bertindak melulu.
    Perselisihan faham mudah berlaku, tetapi tidak harus menyimpan dendam.
    Percaya atau tidak bahawa peraturan untuk 'bergaduh' dengan adil memang
    ada.



    Apa yang perlu dibuat


    Jika berasa marah, lebih elok keluar rumah seketika untuk meredakan
    perasaan. Dalam keadaan marah, seseorang mungkin tidak boleh berfikir
    dengan betul dan cenderung mengeluarkan kata-kata atau melakukan
    perubatan yang akan dikesali kemudian hari. Ambil langkah berbaik-baik .




    Kesilapan 6: Menjadi terlalu obses dengan langkah seterusnya - anak


    Pasangan baru kahwin boleh menjadi terlalu obses tentang soal anak
    sehingga mereka terlupa untuk menikmati apa yang mereka ada sekarang.



    Apa yang perlu dilakukan:


    Fokus terhadap hubungan yang sedia ada. Nikmati kebahagiaan yang
    sedia ada bersama-sama. Nikmati saat-saat indah sebelum anda perlu
    bangun 4 pagi untuk menyusukan anak.



    Buat perancangan supaya anda lebih bersedia terutama dari segi masa
    yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Ini dapat mengelak anda
    daripada terlalu obses.

    king_diamond
    superpower MV

    Posts : 767
    Points : 17148
    Location : palestine
    Signature : iman adalah aset...kalau kurang boleh tambah...kalau abis leh bankrap...hihi

    Re: 6 kesilapan pasangan berkahwin

    Post by king_diamond on Sun 17 May 2009, 4:16 pm

    wahh tere myra ni.....macam ada pengalaman je

    eyes143
    superpower MV

    Posts : 1175
    Points : 18518
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Re: 6 kesilapan pasangan berkahwin

    Post by eyes143 on Sun 17 May 2009, 5:29 pm

    king_diamond wrote:wahh tere myra ni.....macam ada pengalaman je

    dia ondaway tu lol


    ____________________________________________________________________________________________________________________________________

    "kotak hati seseorang itu akan berisi kasih jitu.. seandainya antara kamu punya rasa rindu.."

    castle in da sky is mine

    Sponsored content

    Re: 6 kesilapan pasangan berkahwin

    Post by Sponsored content Today at 4:01 am


      Current date/time is Fri 09 Dec 2016, 4:01 am