Lagi kes amuk bersenjata di AS

    Share

    carnationmyra
    superpower MV

    Posts : 703
    Points : 16733
    Location : Venice of Perak

    Lagi kes amuk bersenjata di AS

    Post by carnationmyra on Mon 20 Apr 2009, 9:25 pm

    WASHINGTON 19 April - Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS)
    membunuh isterinya dan tiga orang anak mereka sebelum membunuh diri,
    menurut polis di timur negeri Maryland semalam.

    Christopher Alan Wood, 34, dipercayai membunuh isterinya, Francis
    Billotti Wood, 33, dan dua orang anak lelaki mereka berumur lima dan
    empat tahun serta seorang anak perempuan berumur dua tahun di rumah
    mereka di Middletown, kata Jabatan Sherif daerah Frederick, Koperal
    Jennifer Bailey kepada AFP.

    "Kami menyiasat kes ini sebagai pembunuhan-bunuh diri. Siasatan
    menunjukkan Wood membunuh ahli keluarganya dan kemudian menembak
    dirinya," kata Bailey.

    Ahli keluarganya mungkin telah ditetak sampai mati, tetapi Bailey
    hanya memberitahu mangsa mengalami kesan luka tetakan yang dahsyat.

    Dua anak lelaki mereka ditemui di bilik tidur, sementara isteri dan
    anak perempuannya ditemui bersama-sama di bilik tidur utama, jelas
    Bailey.



    Polis menemui Wood di tangga bilik utama dengan senapang patah berada berhampirannya. Pihak berkuasa telah mengambil beberapa nota dari tempat kejadian
    yang jelas ditulis oleh Wood, bagaimanapun Bailey enggan mengulas isi
    kandungan nota terbabit. Polis masih belum memutuskan motif pembunuhan, senapang berkenaan
    juga telah diambil dan beberapa benda lain yang mungkin digunakan
    sebagai senjata di rumah itu," kata Bailey.

    Kediaman Wood terletak di tengah sebuah pekan yang dikenali sebagai
    ladang-ladang kuda dan tenusu iaitu 64 kilometer ke barat laut
    Washington.

    Mereka telah berpindah ke kawasan itu empat bulan lepas. - AFP

      Current date/time is Thu 08 Dec 2016, 10:02 am