Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    Tak kisah cedera ditembak

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30178
    Location : Venice of Perak

    Tak kisah cedera ditembak Empty Tak kisah cedera ditembak

    Post by carnationmyra Mon 20 Apr 2009, 1:42 am

    BIRMINGHAM, Amerika Syarikat 18 April – Seorang wanita yang ditembak di kepala oleh suaminya, bukan sahaja terselamat, malah sempat menghidangkan teh kepada pihak berkuasa yang datang ke rumahnya beberapa minit selepas kejadian.

    Tammy Sexton, 47, kini dirawat di hospital.

    Peluru berkenaan mengenai dahi Sexton dan menembusi tengkorak kepalanya,” menurut pihak berkuasa, hari ini.

    “Sepatutnya dia sudah mati, tetapi dia terselamat dan ia satu keajaiban,” jelas Sherif Mike Byrd dari daerah Jackson, Mississippi.

    Byrd berkata, pada awal minggu lalu, pihak berkuasa telah mencari Donald Ray Sexton, suami Sexton untuk memberikan dokumen mengarahkannya menjauhi isterinya.

    Rekod mahkamah menunjukkan dia diletakkan dalam tempoh pengawasan selama enam bulan sejak 9 April lalu disebabkan melakukan keganasan domestik. – AP

      Current date/time is Fri 19 Apr 2024, 7:29 pm