Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

2 posters

    Wanita Yang Menarik Lelaki ke Lembah Neraka

    Kehidupan
    Kehidupan
    kanak2 terpilih


    Posts : 1082
    Points : 31422
    Location : Saint Petersburg
    Signature : "Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?"

    Wanita Yang Menarik Lelaki ke Lembah Neraka Empty Wanita Yang Menarik Lelaki ke Lembah Neraka

    Post by Kehidupan Sun 19 Apr 2009, 5:08 pm

    Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.Na'uzubillah.

    Pertama:- Ayahnya

    Apabila
    seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya
    di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar
    solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya
    tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi
    kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

    Kedua:- Suaminya

    Apabila
    seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul
    bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk
    pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam
    diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak
    tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

    Ketiga:- Abang-abangnya

    Apabila
    ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula
    abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja
    dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah
    tarikan adiknya di akhirat.

    Keempat:- Anak Lelakinya

    Apabila
    seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram
    dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di
    akhirat kelak.......nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa
    hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
    tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /
    abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap
    firman ALLAH S.W.T.:-

    "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

    Hai
    wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta
    anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu
    sendiri......

    jalankan perintah Allah SWT dengan bersungguh-sungguh
    dan dengan ikhlas..

    akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak

    harga
    seseorang muslim adalah sangat berharga....

    Allah SWT menilaikan
    seseorang muslim dengan SYURGA...

    semua kaum muslim masuk syurga.....


    janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji Allah SWT

    SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB.
    zeal_tech
    zeal_tech
    budakchomot


    Posts : 20
    Points : 27403
    Location : Teluk Intan

    Wanita Yang Menarik Lelaki ke Lembah Neraka Empty Re: Wanita Yang Menarik Lelaki ke Lembah Neraka

    Post by zeal_tech Sun 19 Apr 2009, 8:22 pm

    Thanx...
    besar rupanya tanggung jawab lelaki nie....
    kalu lelaki sbg ketua kuarga pon buat x tau....
    ke neraka le jawabnya....
    Kehidupan
    Kehidupan
    kanak2 terpilih


    Posts : 1082
    Points : 31422
    Location : Saint Petersburg
    Signature : "Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?"

    Wanita Yang Menarik Lelaki ke Lembah Neraka Empty Re: Wanita Yang Menarik Lelaki ke Lembah Neraka

    Post by Kehidupan Sun 19 Apr 2009, 8:52 pm

    zeal_tech wrote:Thanx...
    besar rupanya tanggung jawab lelaki nie....
    kalu lelaki sbg ketua kuarga pon buat x tau....
    ke neraka le jawabnya....

    benar tuh tuan......... big eyes big eyes big eyes

    Sponsored content


    Wanita Yang Menarik Lelaki ke Lembah Neraka Empty Re: Wanita Yang Menarik Lelaki ke Lembah Neraka

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri 29 Mar 2024, 3:03 am